tipsy tuesday: petua mengatasi medu angin




assalamualaikum

entri dulu aku penah cerita pasal aku pergi berurut 
and mak bidan cakap aku ni ada medu angin
so sedikit susahla nak mengandung
bukan tak boleh tapi kena ikhtiar berurut and berubat dulu la
apapun itu semua kerja tuhan kan
so aku fikir positif je

aku memang ada gastrik
tapi tak teruk pun
aku boleh je puasa tapi pagi pagi aku memang akan muntah loya keluar angin je
then aku memang jarang sangat kentut
boleh kata sebulan sekali pun tak kentut
means angin dok terkumpul kat dalam kot
haha ada kaitan ke ek? ada la kot

so aritu terbaca la kat page petua ensaiklopedia melayu lama
petua mengatasi medu angin
selain dia share petua, dia jugak share info pasal medu angin ni


1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.


2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.



3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.

wah boleh sebabkan stroke dan lumpuh
scary sungguh kan
yang aku boldkan tu yang memang selalu terjadi kat aku la
especially sakit kepala, memang mudah sangat sangat aku sakit kepala
biasa kena makan ubat, sapu minyak and tidur barula okay


so kat bawah ni pulak antara dua petua yang dikongsi:



Petua A: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.



Petua B: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.


memang aku tak kenal langsungla tu macamana akar hempedu bumi dengan daun gentang guri
tanya mak atau nenek tahula dorang kot
ntah bila nak follow petua ni pun tak tahula.huhu










Comments

  1. medu angin? first time dengar istilah ni...betul tu muis, semua ni bukan kerja kita, semua dari Dia. berusaha and tawakal jelah :)

    ReplyDelete
  2. dah try ke petua tu.. kalu ade kesan citer la..

    ReplyDelete
  3. Sape2 nakkan penawar medu dari sy blh pm. Penawar dari herba camporan. Takla pahit sagat. Ni No fon sy. 0104178377 anuar

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB