maulidur rasul di rumah mak
assalamualaikum
cerita last friday
malamnya mak buat makan maulud nabi
aku dah petang baru sampai rumah mak
paginya ada tuisyen and tengahari pergi makan kenduri ruman pakcik sebelah suami
lepas rehat rehat kejap baru balik rumah mak
balik lewat pun takpe sebab dah ramai yang menolong.hehe
biasa aku dok menyibuk jelah
mak tak buat banyak lauk pun
just gulai daging dengan ubi keling
akak buat ayam goreng berempah
pastu mak buat kerabu terung campur pucuk paku
aku kalau kerabu pucuk paku aku sukala
tapi bila dah bercampur dengan terung memangla aku tak makan
lepas tu ada jugak ulam mentah dengan ulam rebus
budu dengan ikan tawar
mak buat jugak tapai
ada desert puding koktel dengan mini muffin
kebetulan malam tu aku badmood and sakit kepala
so aku melepak rehat dalam bilik saja
lepas tu rupanya ayah buat selawat rumi
tak lama tak dengar
so aku cuma bukak pintu sikit and dengar dari dalam bilik
dari kecil kat kampung aku kalau buat maulud kerapnya orang baca selawat rumi
campur arab dengan melayu, bahasa kelatela
nostalgia je aku memang suka la sangat sangat
bunga rampai buat dalam 60 pcs
ramai jugak ayah ajak orang licin semuanya
gambar yang last ni 2 hari kemudian
aku la yang kena tolong mak menyental semua periuk ni
bontot yang hitam tu memang nak kena kasi putih licin balik
aku ingat biarkan cenggitu je
huhu penat tangan kita
dahtu lepas sental kena tunjuk kat mak dulu
kalu tak lulus kena sental lagi sampai bersih
cerewet sungguh.huhu
kat bawah ni saja aku nak letak sekali lirik selawat yang aku cakap tu
memang maknanya beza dari yang selawat arabnya tu
mak aku siap siap ada copy sekali dengan lirik
ntah mana dia ambik
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
ollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Rabiul awal naik cahaya yang tinggi, di bulan purnama ia zohiri
Pada tahun gajah Nabi Muhammad zohiri, awal Rejab jatuh benih
padanya
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Pada bulan Rejab Siti
Aminah mengadnungnya, di bulan purnama Nabi Adam datangnya
Mengkhabar Aminah ia telah mengandungnya, seorang nabi
kekasih Tuhannya
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Dikandung Aminah
sembilan bulan lamanya, sembilan Nabi datang ia kepadanya
Menyukakan Aminah ia telah mengandungnya, bila beranak
dinamakan Muhammad
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Di perut Aminah terang yang nyata , itulah cahaya seorang
nabi yang mulia
Apabila cukup sembilan bulan lamanya, berasalah Aminah ia
hendak bersalinnya
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Tiba tiba datang
empat orang perempuan, serta puak puak bidan biadadari
Bidan diganti
daripada bidadari, kerana mengunjungi Nabi Khotamun Nabi
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Pada malam Isnin
diperanakkan Nabi kita, 12 haribulan Rabiul Awal
Keluarlah Nabi
dikandungan bondanya, gilang gemilang cahaya wajahnya
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
lihatlah pula cahaya penuhkan, hairanlah ia kerana ke elukkan
padamlah pula cahaya matahari, kerana terang cahaya wajah Nabi
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
zohirlah Nabi ke alam dunia, seperti bulan penuh purnama
berbau harum bagai kasturi, ialah Nabi kesudahan segala Nabi
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
wasola tullah a'la ahmad, a'hdatarirussuturi
ahmadul hadi muhammad, sohibul wajhil muniri
marhaban ya nur ainin, mahaban ja dal husaini
marhaban ya nur ainin, marhaban ja dal husaini
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
sollallahuala muhammad, sollallahualaihi wassalam
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D