muis turned 29 ;)
assalamualaikum
ehem ehem..after 4 days baru nak update pasal aku punya besday
kiranya dalam blog ni jelah kali pertama aku nak tayang gambar
hari jumaat tu aku just update di fesbuk sahaja
aku keluar dengan suami dah petang
hubby bawak aku ke KB Mall je
katanya semua ada kat situ
nak beli hadiah, nak beli kek, nak shopping barang lain
kita mengikut jelah asalkan dapat hadiah besday okayla.hehe
seronoknya jadi besday girl ni apa yang nak suami bayarla.hehe
tapi janganla nak over sesangat pulak
sampai je kebetulan tengah lapar
si aku ajak suami makan tempat biasa jelah
The Chicken Rice Shop
aku ambik set untuk 2 orang
sebenarnya kalau suami nak ke Tesco aku teringin nak makan kat Nasi Ayam Mualaf area Tesco tu
terliur tengok mama students aku post kat fesbuk ritu
tapi dah suami taknak pergi, settle makan sini jelah
aku add on kerabu mangga, RM7++ sepinggan
tengok dari segi rupa dah kureng
bila makan je..hmmm membazir duit je rasanya
mangga tu dahla parut tak putus, so jadi slicenya tetap jadi sekeping sekeping jugak
pastu ada ke ditaburnya gula banyak gila
mak aku buat kerabu tak pernah rasanya tabur raw sugar kat atas tu
pastu ada ke ditaburnya gula banyak gila
mak aku buat kerabu tak pernah rasanya tabur raw sugar kat atas tu
masam just dari mangga tu and masin memang takde
tapi sebab taknak suami bebel aku just diam and makan separuh pinggan
tu pun lepas aku tepis semua gula tu
kata je fofuler, kualiti makanan low giler
fisah ball supnya tawar setawar tawarnya
aku bajet dorang punya garam out of stock
fisah ball supnya tawar setawar tawarnya
aku bajet dorang punya garam out of stock
memang aku makan tak habis
nasi dengan lauk suami yang habiskan.huhu
later kami terus gerak la cari hadiah besday aku.hehe
penat gak ikut suami pusing
kejap singgah kedai tu
kejap singgah kedai ni
last last lepas survey survey suami decide beli kat dealer samsungju gak
lepas beli hadiah besday masuk ke watson
aku nak beli set penjagaan muka dengan alat make up sikit
kebetulan semua dah out of stock
kat maybelline department adala promosi
kalau beli barang maybelline lebih dari rm50 akan dapat free gift bag
masa nak bayar memang totalnya lebih
tapi hadiah begnya takde
katanya out of stock
bila aku tanya bila masuk stok baru katanya tak tahu
cashier tu cakap suruh aku datang tanya
bila aku kata nak kena datang bila pun tak tahu jugak
dahtu takkan la aku nak kena datang situ tiap minggu semata mata nak tanya pasal benda alah tu
wtf sungguh la
aku memang pantang bab benda free ni
kalau takde stok tak payahla nak tampal dia punya promo tu
koyak je terus senang
dahla watson ni annoying je kalau bab nak bayar
asyik nak pujuk orang suruh buat member card je
bila orang cakap taknak mulala promote itu ini
bosan btol la aku
aku punya produk skincare memangla aku beli kat sini atau guardian je
tapi taknak la jadi member kot
tak payahla nak cakap banyak kalau orang dah tak nak kan
lepas siap tu ronda ronda dengan suami
adala pulak berkenan sehelai baju
labuh tapi sleeveless
takpe leh pakai dengan jacket or cardigan
murah je pun RM98 jenama giordano
tapi takpela maybe next time
then, masuk pacific cari barang rumah sikit
lepas tu pergi beli kek besday pulak
aku taknak beli kek sebiji
sebab kalau satu biji satu perasa je kan..hehe
si aku just pilih 6 slices flavor faveret aku
then suruh dia tulis je wish kat ruangan kosong tu
konon konon kek from hubby
bini yang pilih, dia tukang bayar jelah.hihi
pilihan aku from left: chocolate chip walnut, fruitilicious, blueberry cheese, black forest cheese, strawberry marshmallow cheese and aku punya old time faveret white-dark chocolate cheese
bila dorang tanya nak lilin berapa batang aku cakap tak payahla banyak
tapi dia bagi jugak 3 batang yang besar.hehe sorila tahun depan baru leh guna 3 batang besar tu ye.kihkihkih
then, lepas tu terus gerak balik rumah
otw balik singgah bata jap suami nak beli kasut
so aku pun mulanya pilih sepasang
memang aku berkenan sesangat
lembut and selesa
bila dah pilih saiz and nak bayar tup tup ternampak kasut sukan yang ada less 50percent
so aku decide untuk ambik kasut sukan jelah
bulan april nanti ada suka tadika
kasut lama pun dah ketat..
suami pun sukala aku boleh buat keputusan bijak.huhuhu
tapi esoknya aku keluar dengan ayah aku beli jugak sandal sepasang
ayah nak cari kemeja so kami singgah billion je
aku masuk kedai verse nampak sepasang terus berkenan mintak saiz and terus beli
simpan kasut lama and terus pakai.kahkahkah
salesgirl tu kata warnanya dark pink
aku nampal macam grey je
lantakla labu asal cute dikaki sudah.hehe
hadiah besday from hubby
mulanya aku just nak jam je
tapi hubby cakap nak belikan tab
aku fikir baru je dia dah belikan laptop
so aku cakap ikutla nak beli apa pun
bila aku mengada aku cakap nak dua dua tab dengan jam
tapi masa otw nak pergi tu aku cakap jam tak payah, just belikan sandal je
sukala hubby
aku pun fikir aku pun dah ada banyak jam
tak payahla membazir kot
apapun, terima kasih bebanyak untuk suami untuk apa yang dia dah spend untuk besday aku kali ni
aku ni memang dah merapu
dari entri pasal besday ceritanya dah bercampur campur
sebelum aku mengakhiri entri aku ni
terimalah sekeping gambar besday girl yang dah basi ni.hehehe
daaaa ;)))
happy besday muis...amvoi, banyak betul dapat adiah dari hubby, takper lah kan, setahun sekali, hehe..len kali nak bali kek, nak wat camni jugaklah, slice by slice :)
ReplyDeleteCpt install whatsapp..blEh msg2 ngn k.ida..heee
ReplyDeletephewitttt dapnyooo blh tab nah!!
ReplyDeletetapi kae,kasut bata tuh memey sedap pakai.ore penah pkai ms ngaji dulu tp ambik kaler putih.mmg puah hati smpai hancur pakai.keno air pun kebal.
wah..untungnya.byk lak hadiah
ReplyDeletepenah mkn kat The Chicken Rice Shop. mmg kureng skit rasa dia.so lepas tu dha jrg singgah mkn sana