lawatan ke balai bomba & penyelamat, kota bharu
assalamualaikum
khamis minggu lepas tadika aulad pintar ada trip ke balai bomba & penyelamat kota bharu
sebenarnya bukan students je yang terlebih eksaited nak pergi trip
teacher pun samala jugak
bosan asyik duduk mengajar dalam kelas, sesekali berubah angin syok juga.hehehe
sepanjang minggu sebelum trip students asyik dok membilang hari je
tak sabar la kononnya nak pergi lawatan
tambahan students aku kebanyakannya dah pernah pergi lawatan tahun lepas
so tak sabar la tahun ni pulak nak naik bas
dalam pukul 9am kami gerak
tahun ni dah bertambah jadi 2 buah bas
kelas aku cuma dua orang yang tak pergi
adik maira sebab kena chicken pox dengan si haikal yang last minute tak boleh join
semua students berbaris menunggu giliran nak naik bas
semua kemain lagi excited
tapi ada jugak yang cuak kot...
milo n kek untuk kudapan students kat sana
dah sampai pun
masa ni semua behave lagi la
excited kat tempat baru
jumpa benda baru, tengok muka encik bomba semua
dibawa menjengah jentera bomba
kemain lagi dengar penjelasan
ntah faham ke tidak.hehe
yang ternganga pun ada
semua dah penat berdiri
masa untuk minum n snek
rupanya pihak dorang sediakan makanan jugak untuk students
air kotak, karipap n kek
terima kasihla banyak banyak
mc of the day
en aziz aka cikgu bomba
nampak sangat dia suka dan berpengalaman handle budak
rupanya isteri dia ada buka tadika
memang seswai sangatla jadi kindie teacher
lawatan ke balai bomba tapi siap ada menyanyi nyanyi lagi
seronok sangatla bebudak hari tu
sebelum balik tour melawat dalam bangunan pulak
bolehla tengok semua jentera dan alatan yang dorang guna untuk operasi menyelamat
walaupun penat, tapi in sha Allah semua have fun and dapatla sedikit sebanyak info
neway, terima kasih kepada balai bomba & penyelamat kota bharu...
tahun depan kemana pulak kita ye? ;)
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D