little caliphs pre reading techniques 2013


assalamualaikum

entri pasal program tadika feb tahun lepas
ada dalam draft asik lupa nak publishkan.
aci tak if publish selepas setahun?hahaha

mrs bos cakap kena sampai RTC sebelum 830
745am aku dah sampai kat sana
terlebih punctual la pulak.hehe



kali kedua program pre reading technique diadakan bagi tadika aku
tahun ni combine dengan semua tadika LC Kelantan ada 5 cawangan
program tahun ni dibuat di RTC juga
tempat yang sama kami ihtifal tahun lepas
actually program ni sebenarnya untuk parents
supaya dorang bila dah tahu teknik pre reading ni bolehla ajar anak kat rumah
tapi teacher pun samala kena tahu jugak
kalau tak cane nak ajar students kan?hehe






breakfast, lunch dengan makan petang semua disediakan
breakfast with nasi kerabu ayam bakar
mula mula tengok macam tak sedap
tambah tambah kalau pagi sangat aku tak selera
tapi bila dah makan tak cukup sebungkus.haha
katanya nasi kerabu sohor area melor and ketereh
meme sedakkkkk





bajet gambar kandid.kahkahkah
padahal berlakon
apapun, mulakan hari dengan baca paper dulu







program macam biasa akan di conduct oleh founder LC sendiri
oleh Puan Hajah Sabariah Faridah atau kami panggil Kak Fari
kali ni dia datang bertiga dengan her consultations girls from Shah Alam
untuk tahun ni pulak ada kelainan sikit
program ni bermula petang tapi kami dari pagi dah kena standby kat RTC
sebab paginya tu ada perjumpaan dengan Kak Fari dulu
macam biasa dia akan share her experienced with us
tahun ni focus more on preparing lesson plan and classroom management






habis sesi dengan kak fari dalam 1230
kami turun ke bilik makan untuk lunch pulak
nasi kukus ayam berempah
boleh tahanla lapar punya pasal licinla jugak.hehe




dah habis program sebelum balik ada jamuan untuk semua
ada mihun goreng, mee goreng dengan kuih cara berlauk
aku makan sikit je sebab  cepat cepat nak balik
lepas solat asar terus gerak balik rumah
disebabkan kena jadi driver untuk dua orang kawan
aku sampai rumah hampir 8malam
dari pagi sampai kemalam
boleh tahanla dia punya penat tu

tak sabar nak tunggu next event
next week on thursday ada trip students pula
bawak bebudak 4,5, 6 naik bas
tersangat sangatla mencabar dan memenatkan.hehe
kena standby dengan wisel la nampaknya.LOL

















Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB