celoteh pagi jumaat
assalamualaikum
salam jumaat semua
kalau hari jumaat barula rasa lapang sikit nak update blog
kalau tak serabut kepala je rasa.hehe
sebelum nak cerita pasal sambutan hari guru kelmarin
nak cerita dulu pasal dinner malam tadi
malam tadi disebabkan seharian aku just makan laksa so malam tadi aku ajak suami makan luar sajalah
lapar nasi and malas nak masak.hehe
kat hujung kampung ada satu gerai tomyam baik punya
selalu aku bungkus je
tapi disebabkan aku tak bawa tab, tinggal cas di rumah so tiada gambar
kalau bawak tab pun tak sempat nak snap gambar kot
disebabkan kailan ikan masin dengan telur dadar datang dulu
suami terus makan lapar katanya
elok tomyam dengan ayam goreng kunyit sampai dia dah nak licin pinggan
bertambah lagi separuh pinggan,huhu
kenapa aku cakap murah?
sebab kami ambik 3 pinggan nasi, teo o limau suam, teh o ais laici, tomyam campur, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit dengan telur dadar
cuma RM12, bagi aku tersangatla murah
hari tu aku makan kat tempat lain just ambik tomyam dengan telur dadar dah rm15
dahla murah, sedap and portion pun banyak
kailan ikan masin siap dia letak ayam jugak
siap sangat menag kena dengan selera aku
kadang kailan ikan masin ni tak terasa pun masinnya
kedekut bahan
aku biasa makan memang tak pernah habis sepinggan la kalau kat kedai
tapi malam tadi kejap je licin
tengok tengok eh dah habis nasi
tunjuk pinggan kosong kat b
dia pun cakap 'lapar sangatla tu...'
hehe memang lapar pun
tapi yang penting sedap and murah
seronokla macam ni
aku ni dahla hantu tomyam
tiap hari pekena tomyam pun takde hal
pendek kata lepas ni seminggu sekali la ajak suami makan situ.hehe
lagipun b tak galak masak juga
membazir makan berdua pun selalu tak habis.hehe
tapi aku ni bukannya selalu boleh keluar makan dengan suami pun
time dia tak buka kedai bolehla
tapi okayla juga sekarang dah kurang makan malam kurusla sikit
kadang aku tidur dengan lapar macam tu juga
nak potong buah nak makan pun malas
kalau penyakit malas dah datang macam tu la
tapi kalau penyakit rajin dengan makan banyak datang
memalam buta aku gagah masak nasi and buat lauk.hehehe
tapi hari ni kenala masak kot
dah ada idea nak masak apa
tapi alahai malasnya
baju dahla bertimbun timbun nak di basuh
nak kena prepare untuk exam esok pula
sabar sabar sajalah...
Aku pn pemalas jgk!tang ke dapor mmg liat gile.. Rela berlapar. Hahaha.. Aku minat basuh kain lipat kain je. Hahaha
ReplyDeleteDuk berdua mmg snang mkn kt luar kan. Jimat duit dan masa. Skali skala masak okey la.. Dapur tu kna brasap jgk kan hukkk