daddy's day out
assalamualaikum
2 minggu lepas aku cuti sebab ayah cakap kat pergi klinik bandar kota bharu
memang aku jarang je cuti
kalau ayah ada nak klinik atau hospital baru aku cuti
disebabkan bukan nak ke husm so aku gerak rumah mak lewatla sikit
sampai klinik kota bharu dalam pukul 11
orang pun tak ramai lagi
dalam setengah jam ayah dah boleh masuk jumpa doktor
sekejap je lat dalam tu ayah keluar
bila aku taya ayah doktor cakap apa dia cakap tak best doktor kat sini
dia cakap kat husm doktor baik baik
kalau doktor perempuan lagi baik banyak tanya banyak explain
ni ayah cakap doktor lelaki tu dahla tak mesra
lepas tu tanya endah tak endah saja
kebetulan pulak kali ni jumpa doktor aku tak masuk
selalu memang aku buat muka tak malu masuk je tanya doktor macam macam
dah nama orang tua mestila sensitif
sepatutnya doktor ni nak melayan orang mestila mesra kan
kalau tak baik tak payah jadi doktor
teringat pulak kat husm dulu masa jumpa pakar jantung kemain lagi doktor tu berlagak
dengan muka serius cakap dia ni tak sempat makan pun lagi
geram pulak rasa
yang pesakit ni berjam jam tunggu dia masuk bilik macam la sempat berkenduri kendara depan pintu bilik dia tu
ok sambung balik cerita di kinik kota bharu
lepas tu aku cakap kat ayah tak apala
nak buat macam mana dah kebetulan dapat doktor yang tak mesra alam gitu
lepas ni mesti ayah taknak pergi dah klinik kota bharu ni.
then kami balik kebetuan aku pun tak breakfast lagi so ayah ayah makan tepi stadium
dia taknak sebab nak makan nasi abe mie
kalau keluar denga ayah tak ada tempat lain dah dia nak makan asik kat sini aja
suka sangat dengan nasi kat sini
bagi aku biasa biasa jelah cuma part ayam panas panas garing dari kuali tu jelah kan
sebab awal sangat lagi tak ada lauk banyak pun
cuma ada ayam goreng, gulai ikan dengan telur rebus sambal
selalu aku suka tambah ikan bilis kacang
yang ni ayah punya kuah lupa nak cakap campur ayah cakap kuah tak sedap
yang aku punya nasi separuh je meratah lauk aku sukala.hehe
lepas tu ajak ayah pergi mydin sebab aku ada nak beli brooch
then ayah nak beli baju batik jugak
ayah ni kalau bab membeli cerewet jugak
boleh tahan lama la nak tunggu dia pilih tu
badan dia bukanla gemuk sangat
cuma tang perut tu je buncit.hehehe
dah siap beli baju nak beli singlet pulak
pun cerewet jugak taknak yang leher bulat nak leher yang berkancing
taknak jenama lain nak jenama pagoda je
pening aku nak layan
aku pun terjebak sama belikan baju kerja untuk suami
baju murah murah je tapi yang bercorak ni kualiti bagus sangat
corak cantik kain pun lembuttttt je
tak tahu nak pilih yang mana aku beli je dua dua.huhu
ayah seronokla kalau sekali sekala keluar jalan jalan macam ni
macam mak tak suka sangat
kalau mak ikut sekali mesti boring nak balik cepatla peningla nak muntahla apala
kalau dengan ayah je ajak nak pergi jauh jauh nak singgah 2, 3 supermarket pun okay.hehe
btw ayah macam akula suka sangat kalau nak shopping barang dapur di tesco ;p
doktor tak mesra pelanggan ni susah sikit...sbb selalunya doktor mesti baik2 dengan pesakit...
ReplyDeletepasal shopping tu shopping dgn lelaki yg suka shopping memang best...sebab ramai kaum adam ni tak suka masuk banyak2 kedai... tapi kan, ayah wawa pun sama suka shopping mcm ayah muis :)