muis classroom decorations


assalamualaikum

dah masuk pertengahan tahun baru nak update pasal classroom decoration tahun ni
tu pun pasal dah complete baru nak update
sebelum ni memang dah ada pun tapi ada yang tak complete lagi
ada yang dah terkoyak terkopek semua nak kena buat yang baru
nasib baik 2 minggu lepas LC hq datang untuk short training
so berhempas pulasla aku mendecorate kembali kelas
dahla tiap hari memang sibuk dengan kelas dengan students semua
so pandai pandaila kena curi masa.huhu

untuk mana yang tak tahu aku ni kerja guru tadika je pun
tadika aku salah sebuah tadika di kelantan yang menggunakan program little caliphs
islamic-english-creative pendekatannya.hehe
islamic bolehla, english okayla, cuma bab creative tu kureng sikit.huhu
bab bab nak kena buat hiasan dengan art n craft memang aku blurla sikit
selalunya aku ciplak idea and just re create balik je
tak ada masalah pun kat majalah banyak, kat google berlambak.hehe


  


katanya aku ticer paling garang kat sini kan
harusla gambar pun bersilang tangan macam tu.hehe
kengkononnya aku ni senior teacher merangkap guru disiplin la sangat
yang kelakarnya macam tengahari tadi bila aku duduk je menyandar kat dinding sebelah student
terus dia mengensot menjauhkan diri dia dari aku
takut sangatla agaknya kat aku ni.huhu
rapi disebabkan dia kelas lain and baru 4 tahun aku tak kisahla sangat
kalau students yang dah biasa dengan aku okay je pun 




antara yang wajib ada every month
theme yang students belajar vocabulary setiap bulan
memangla tak lengkap tak merangkumi semua
aku just buat simple simple sahaja
sepatutnya digalakkan buat 3d yang students dapat rasa
tapi macam biasala aku kekurangan idea
cuma yang tema fruit tu sahaja 3D aku guna pasir
so students dapatla rasa sentuh sentuh




masya Allah chart
untuk ditampal stiker sebagai reward untuk apa apa sajalah yang berkaitan dengan students
kalau dapat jawab soalan, dapat buat hafazan dengan baik
kalau dia behave duduk diam dalam kelas
dengan cakap teacher dan tak nakal pun boleh bagi juga stiker sebagai reward
yang ni students happyla dorang berlumba lumba kira siapa yang dapat paling banyak stiker
katakan kalau ruangan untuk stiker dah penuh boleh cabut dan buat konsep lain pulak
aku rasa kalau parents rajin kat rumah pun boleh apply konsep ni
tak payah nak belanja banyak reward anak
dengan stiker comey comey macam ni pun dorang dah seronot sangat




sudut islamik
doa harian, 5 rukun islam dan 6 rukun iman
disebabkan kebanyakan students aku dah boleh membaca
so dorang sukala kalau ada tampalan yang baru
siap buat role play lagi sorang jadi cikgu
dan dia siap suruh kawan dia jadi students and baca apa yang dia tunjuk
selalu aku biarkan jelah asal tak rosakkan apa yang di tampal



sudut matematik
number square dengan number bond
bergunala dalam kelas sebab senang students nak buat rujukan bila buat latihan
tapi masa exam kena pesanla jangan tengok atas
jangan meniru.hehehehe
kalau tak pandai je diam diam dok jeling ke atas
ingat kita tak nampak la tu





abc dengan huruf hijaiyyah
sebagai hiasan kelas dan juga sebagai rujukan students
kebanyakan students kelas aku cerdikla kan
so kalau belajar english tak ingat vocabulary dan tak tahu nak eja kat sinila dorang refer
sebab vocabulary pun kebanyakannya repeat the same pictures sebab tak nak dorang konfius
katalah untuk object school bag
untuk tampal dalam kelas, untuk worksheet, untuk exam memang aku akan gunakan gambar yang sama
supaya dorang mudah ingat dan tak konfius





colors and shapes
tak banyak sebab yang ni ada yang rosak
tak sempat lagi nak tambah lain
sepatutnya untuk 6 tahun kena tambah lagi 
tak cukup dengan 4,5 jenis
lagipun yang ni dari tahun lepas dah belajar


hmm setakat ni itu sajalah hiasan kelas aku
sudut sains pun tak ada lagi
days of the week pun tak ada lagi
teachers corner pun tak proper lagi
sebelum next audit pulak la kot.hehe

oh ya masa buat short training hari tu
teachers dari tadika lain adala tanya
macamana aku punya hiasan kelas ni maintain cantik
tak kena koyak atau kopek dengan students
bukan tak ada langsung pun adala jugak sikit sikit

cuma masa awal tahun bila students masa kelas semua macam wowww..
so pesanla siap siap 
'TENGOK BOLEH...SENTUH JANGAN!'
wakakaka

takde pun just cakap je
semua dah besar kan?
semua nak kelas cantik kan?
so tak boleh usik/rosakkan barang teacher
kalau usik siapla teacher denda
so dorang akan faham dan ingatla
kalau ada rosak sikit sikit tu biasaler..
nama lagi budak kan?????






Comments

  1. comelnye...semua comel...kreatif la...wawa ni yg tak brp kreatif...dulu pernah mintak kat arwah mak nak jadi cikgu tadika...tak sempat nak apply...dah sambung degree :)

    ReplyDelete
  2. Nk cari mn yg 3d ni.. cm susah dpt. Byk nye awk dpt yg 3d ni.. salu ad kat ne eyh. Sy jmp haiwan je yg 3d.. yv laen haihh susah nye lahh nk cri nye. Klo ad jual online g tau la yew ap dy.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM