ramadhan kareem day #3
assalamualaikum
pelik sungguh puasa hari cuti aku rasa lagi penat dari puasa hari bekerja
kalau kerja walau puasa rasa cergas semacam je
tapi mungkin sebab aku makan sahur sikit je kot
so gambar lauk sahur pun tak snap
just makan lauk lebihan berbuka pastu aku goreng sotong sahaja
hari ni berbuka rumah mak
dalam 530 aku dan suami gerak pi bazar
banyak juga beli lauk penuhla meja campur lauk rumah mak tapi malas juga nak snap
aku pun makan nasi sesenduk je tak bertambah
hari ni terawikh ayah jadi imam sebab tok imam tak sihat
tapi aku tak pergi pun.wakaka
mak tanya nak pergi ke tak aku angguk angguk
tup tup dengar bunyi motor mak dah cepat cepat pergi sebab dah dengar ayah azan
agaknya mak ingat aku nak balik jelawat
takpelah malam ni rehat.hehehe
lagipun memang dah kuyu je mata
nak tidur awal sebab rasa macam tak cukup tidur.huhu
esok pagi ada tuisyen pula
silap gaya nak karang sahur pun aku tak bangun
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D