kan dah malu....
assalamualaikum
dunia akhir zaman kan, cepat sungguh masa berlalu
tup tup dah petang, baju belum basuh, baju belum lipat
esok lagi sehari cuti next day dah keje balik
setakat 2 hari cuti, nak lepak guling guling pun tak sempat
ni belum ada anak, if lepas ni ada anak ntah macamana
aku ni bab time management kdang okayyyy je, tapi banyaknya fail la.hehehe
oh ya nak share sati cerita
kelmarin la kot masa aku dok lepak tengah browse iklan dalam group yang aku join tetiba la ternampak satu kes tak berapa nak kelakar
aku tempek screen shot je senang
cuba baca perbualan antara shahirra Jeffry dengan Bulan leo
Bulan Leo tu penjual, Shahirra Jeffry pembeli
aku dah lupa si Bulan Leo tu jual apa, maybe baju la kot
takpela if ada yang tak berapa nampak dan tak faham meh aku explain kat sini
si shahirra jeffry ni nak beli baju so dia tanya 'berapa ni?'
si bulan leo pun jawabla 'rm35 dear'
dia pun reply 'sapa kamu punya dear? cakap biar sopan! mau bisnes buat cara bisnes.'
amboi sempat lagi dia bagi sedas
if aku yang terkena macam ni memang la aku kaw kaw balas balik
hilang sorang pembeli pun lantakla
sesuka hati dia je nak bahasakan orang
memangla biasa if kita tanya harga penjual akan jawab pastu panggil kita dear atau sis
bukannya dia nak menggatal
elok je si shahirra jeffry tu pi sound si bulan leo nak meniaga buat cara nak meniaga
dia la kot agaknya yang tak biasa proses jual beli online
dan kalau tak biasa pun tak payahla berkurang ajar macam tu
takde sopan santun
kat bawah tu dia terus dah takde komen dah, konfem malu la tu
yang lagi kelakarnya si Bulan Leo ni perempuan, bukannya lelaki
bajet dia hot la kot orang nak panggil dear kat dia
padahal dear tu atas dasar hormat untuk bakal pembeli barangan kita
if aku pun sebagai pembeli, aku suka if seller refer aku as dear dan sis
rasa lebih mesra, takdela macam serius je nak jual beli barang
dah nama manusia, depan komputer pun dah takde sopan santun
walau tak bertentang mata, dengan orang kenala jaga jugak walau benda kecil macam ni
lainla if orang yang start berkurang ajar dulu dengan kita
hai dunia dunia...macam macam hal ;p
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D