tok aman bali beach resort D2: breakfast & outdoor xtvt



assalamualaikum


sebelum tayang gambar breakfast membebel sikit pasal malam tadi
lepas balik je dinner aku terus solat maghrib n isyak terus
b keluar lepas isyak sebab ada taklimat
then dalam 830 atau 9 kot aku terus tertidur
terjaga pukul 12 suami balik bilik pastu balik rumah jap nak hantar si budak kecik tu dan nak ambik toto selimut kat rumah sebabnya lagi 3 orang kakak n sepupu dia tidur sini

aku tersedar bila suami balik bilik dalam pukul 2
masa tu suami terus tidur aku pulak tak boleh tidur
dah tak mengantuk
nasib baik ada channel fox movie adala cerita horror
so aku layan sampai habis lebih kurang 2 jam kot
lepas tu rasa mcm tak mengantuk jugak tapi tryla tidur jugak

then terus terlena sampaila hf b berbunyi kawan dia kol sebab ada senam robik kol 7pagi
nasib baik kalau tak memang terbabas la subuh.hihihi
aku pulak pergi off hf so alarm tak berbunyi
bila suami keluar nak pergi senam robik aku pun siap siapla bangun mandi sebab breakfast dari 8-830 je
830 dorang kena masuk hall untuk berkursus



ikut suami ushar makanan dulu
ada kue tiow sup





ada cereals, suami ngap semangkuk





ada salad
macam tak selera je nak ngap pepagi buta






butter bread pudding
suami cakap sedap dia ambik sepotong aku makan sesudu
sedap tapi aku kurang gemar desert macam ni





ada ubi keladi dengan kuah gula melaka la kot
keladi ni lagi sedap kalau mak buat pengat guna gula melaka
faveret aku tu..





alhamdulillah ada jugak faveret no1 aku ni.hehehe
bubur nasi
memula aku just ambik 2 senduk je
tapi aku punya bumbu memang semua extra la
selain kicap masin ada jugak telur masin pastu ada lagi ikan masin
wah wah wah apala tiga tiga aku sudu masuk mangkuk.hehe
then aku ni suka bubur if berkuah sikit
aku pi lah  senduk kuah sup yang kue tiw tadi.hehehe
nikmat sungguh dikala kedinginan dapat ngap bubur nasi
harapnya breakfast esok adala lagi ye
akan ku makan 2 mangkuk.wakaka





ni je pun yang aku ambik
yang plate scramble egg tu pun ada sikit tak habis
yang pastinya 2,3 kali aku dok ulang pi meja bubur nasi :p


selain tu ada jugak nasi minyak gulai ayam dan acar
ada jugak mee goreng
if ada nasi lemak konfem aku ambik jugak sikit
tapi nasi minyak kurengla pepagi sangat ni
yang nyatanya aku tak dapat snap gambar nasi minyak sebab orang penuh
tipikal kelantan kan...
tak dapat nasi pagi tak sah
laki aku je koya konon western
aku bajet dia makan cereal sebab rindu anak dia kot.wakaka

dah siap makan masa lepak tepi tasik ada akak melintas
sempatla bersalam dengan aku n tanya anak
b cakapla anak pi kl dengan mak dia

pastu apa lagi aku bukakla soalan cepu mas kat b

"aku:   "dah berapa orang tanya pasal anak?"
b:   "adala 2,3 orang.."
aku:  "b sedih ke anak b tak dapat ikut..."
b:    "takla...ok je..(sambil senyum...")

kesudahannya aku pulak yang rasa bersalah..
dahla purata 99% datang semua dengan anak
aku je yang berdua dengan suami
makan semeja dengan yang lain aku buat bodoh jerla
aku tahu dalam hati dorang mesti dok tertanya tanya
lantakla malas nak fikir
lagipun kebetulan suami tengah tak sedap badan
dia pun tak peramah macam selalu
malas la aku nak mengarut lebih lebih.huhu



kat banner ni dah ada siap siap aktiviti apa yang boleh join n bayaran yang dikenakan
ingat nanti nak ajak hubby naik pedal boat tapi tak tahula cane
hujan pun on off
nak mandi kolam pun tak sempat lagi
aik ramai orang je
kalau ada anak boleh buat buat nak turun main dengan anak, buat coverline.hihi
hmmm bilala boleh nak mandi kolam dengan suami sambil selam baby dalam air ni?
tensen mak.huhuhuhu





masa melintas ni ada satu chinese family tengah main target shooting
rm10 untuk 20 x shot la kot






basikal untuk  kmx ride 
rm10, 30 minit
yang lain tengok jelah kat banner gambar atas ye


akhir sekali macam biasalah gambar tuan tanah ye
jarang jarang letak gambar kat blog bagi can la ek.hehehe



 fishtail aku ni asalnya bahagian belakang labuh sampai buku lali
tapi semalam aku dah suruh tailot alter potong dalam 1 jengkal so belakangnya dah jadi paras lutut lebih kurang
barula selesa sikit nak pakai






kerusi sarang burung kat tepi restaurant
dapat golek golek dalam ni sambil baca novel best kot.hihi


okay, till next entri ye daaaaa :)







Comments

  1. makanan dia best gak.ada la pilihan kan.kalau ni mmg pilih bubur jugak la.nampak sedap tu

    ReplyDelete
  2. menu breakfast kat hotel ni memang menggoda jiwa...kalau boleh semua nak makan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB