Posts

Showing posts from December, 2013

almond choc from tirah blossom

Image
assalamualaikum entri saje saje je ni sementara tak mengantuk lagi ni nak share minggu lepas aku ada order almond choc dari satu kedai online so dia pos sabtu, ahad dah dapat kebetulan terjumpa iklan masa dok baca gosip kat blog nara.hehe packagingnya aku beli almond chocolate rm25/300gram postage rm5.50 tapi disember ni ada promosi if beli 1 less 10 percent so harga 1 bekas ni rm28 nyum nyum serius sedap bagi tekak akula coklat tak super manis tu yang penting oh ya aku ni memang penggemar kacang & coklat tapi aku memang tak makan coklat kosong coklat tu kena berkacang tapi kalau kacang je aku makan pulak kesimpulannya aku hantu kekacang la kot kacang tanah, almod, gajus, hazelnut, macadamia, pistachio oh itu semua kegemaran saya sape  cakap makan kacang naik jerawat? mitos semua tu.hehehe berbalik kepada cerita almond choc aku ni aku kira dalam bekas ni ada 28 keping.hehe jangan gelak ye ...

salham homestay

Image
assalamualaikum kursus kali ni kami tinggal kat sri mahligai condominium & townhouse seksyen 9 dekat sangat dengan tempat kursus kat muzium shah alam mrs boss sewa myvi jugak untuk kami berlima tak sampai 5 minit dah boleh sampai tempat kursus yang ni bukan blok tempat kami duduk pun aku just snap dari dalam kereta masa hari checkout ritu tempatnya quite okayla ada pool jugak tapi kami ni bukan nak bercuti  tapi nak berkursus.hehe Sri Mahligai Townhouse 28-4B (3 rooms) in 2nd floor (RM250-RM300 pernight) gambar dalam rumah aku malas nak snap ni ada 2 keping aku tepek aku ambik dari web  SALHAM HOMESTAY acctually tempat kami duduk ni salah satu unit under salham homestay nak tahu lebih lanjut boleh je klik link  aku malas nak story.hehe dalam bilik nilah aku cikji dan asma share katil 3 orang leen dengan su tidur atas tilam kat bawah dasar penakut bilik ada 3, tapi 5 orang semua nak tid...

night circle restaurant

Image
assalamualaikum balik dari sacc mall kami singgah makan kat night circle restaurant shah alam kebetulan terjumpa masa nak cari farmasi nampak orang macam ramai je sedapla kot kebetulan lepas kami sampai hujan lebat, syokla dapat bersantai sambil makan kan speacialty kat sini bubur nasi la kot  bermacam macam pilihan lauk dalam menu rm3 each aku ambik 3 lauk je acctually bukan lauk sangat kot biasalah aku makan bubur kena ada telur masin dengan kacang pastu tambah ikan masin jugak tapi ikan masin tu macam tak seswai je potong panjang panjang better potong dadu lagi senang nak makan.hehe sesuka hati aku je kan nak komplen bubur ni sebenarnya lagi elok makan share just ambik lauk serba satu if makan sorang memang tak habis semangkuk bubur tu banyak gila bagi aku boleh buat 2x makan maklumla tangki kecik je tapi aku biasalah if tak habis tapau bawak balikla.hihi tapau lauk je dari membazir kan memang muka tak malu.hihi tapi apa nak mal...

kota bharu - shah alam day2

Image
assalamualaikum hari kedua di shah alam, hari pertama berkursus mandangkan semua siap awal konon nak cari breakfast la dulu lupa pulak ingat shah alam ni macam kat kelantan ingat banyakla gerai nasi berlauk berderet deret tepi jalan.hihi berangan sudah sepanjang jalan jenuh dok berpusing last last masuk mcd pkns shah alam elok je siap makan masa nak bayar parking tup tup depan mata je ada kedai makan untuk breakfast siap ngan roti canai kot.huhu aku ambik set sausage mcmuffin je pastu tukar air milo makanla mc muffin tu aku just makan sausage je hash brown tu sebab panas panas habisla seketul air milo tawar n cair kalau kat rumah rm8plus plus dah boleh nasi 2 bungkus, kuih atau air lagi.hehe memang dasar cheapskate aku ni lagi satu set pancake cikji punya pancake mcd ni kalau serve dengan chocolate sauce lg best kot  compare ngan butter n honey manis sangat dahla masa nak bayar auto pay satu hal dua mesin yang terdekat rosak ...

tonsillitis

Image
assalamualaikum hari ni mc berehat kat rumah badan still rasa letih, tekak pun masih sakit  malam tadi pun dah boleh tidur lena banding dengan malam sebelumnya tak sangka tonsil kali ni teruk pulak biasa bila rasa sakit aku terus ambik sp troche tapi kali ni tak jalan agaknya sebab lambat sangat kot khamis malam sebelum aku pergi kursus dah start rasa sakit tapi sebelah kiri je so tahan tahan gitu jelah makan fishermanfriend je then pergi kursus makan macam macam balik kursus hr rabu baru nak cari ubat so kiranya dah seminggu dok sakit baru nak cari ubat dari sebelah kiri dua dua belah tonsi dah kena petang jumaat balik dari rumah kawan bertunang okay lagi tapi malamnya bila tidur start rasa tak sedap badan sejuk sampai menggigil gigil siap bangun cari stokin lagi tekak pulak jangan cakapla memang sakit tak hingat malam tu memang tak boleh tidur pun selang sejam kot tersedar so pagi semalam cakap kat suami memang nak kena perg...

kota bharu - shah alam day 1

Image
assalamualaikum ahad lepas aku kena attend kursus little caliphs di shah alam dari ahad sampai selasa so pagi ahad siap siap sebab flight pkl 950 tapi aku kenala pegi awal sebab suami nak masuk ofis pulak then bila elok je dah siap pakai tudung semua dapat msj/email from air asia flight delay pulak okayla tu takdela kena bergegas sangat sempatla singgah breakfast dengan suami dulu disebabkan dah buat web check in so kami terus masuk balai berlepas jelah dalam setengah jam je suami tunggu lepak lepak baca paper then aku suruh dia balik pejabat.hehe tapi sebelum masuk balai berlepas sempatla aku merehatkan diri sekejap kerusi urut kegemaran aku pantang jumpa if tak rushing mesti aku lepak sat kat sini kat rumah asik kena urut suami je diri sendiri biar jelah kerusi yang urutkan.huhuhu flight asalnya pukul 955am then delay ke 1050 am takpela delay sejam je sambil melepak pot pet pot pet dengan kawan lain kejap je sejam t...

clementine from the poplook

Image
assalamualaikum selasa lepas the poplook http://thepoplook.com/  ada keluarkan another maxi dress tengok gambar macam cantik je macam cute je.hehe clementine maxi dress corak bunga kecil kecil comel sesangat mula mula aku grab untuk adik ipar dia nak warna navy aku pulak macam berkenan warna nude ni tapi aku beli lambat sikit sebab nak tunggu review di tpl group esoknya tengok ada review yang macam best je clementine ni so aku cepat cepat grab sebelum baju ni oos.hehe berbelah bagi mulanya between 2 colors tapi kawan aku cakap grab yang ni je so aku pun grab la saiz M yang adik ipar sampai khamis yang aku punya sampai sabtu esoknya pergi kerja terus la pakai kata baju baru kan.hehe lagipun masa cuti sekolah ni je pun nak pakai dress macam ni nanti bila dah start students masuk takde maknanya nak ala ala princess macam ni pakai cotton sudah.huhu yang belah kiri adik ipar punya, kanan aku punya both saiz M m...

TORCH & facebook facelift

Image
assalamualaikum sebelum ni guna internet aku selesa guna browser google chrome je tapi hari tu kebetulan masa aku tengah browse internet ternampakla satu browser baru la kot TORCH so try la install macam best je nak download pun senang aku jumpa dulu pun masa search cara nak download dengan senang dan cepat if kita install TORCH ni, contohnya kalau nak download video dari youtube, just klik je dekat yang bertulis VIDEO kat atas sekali belah kanan, automatik dia akan terus upload senangkan? hehe senangla bagi aku then tetiba 2 hari lepas bila aku klik link ke fesbuk tetiba keluar satu apps facelift aku pun godek godekla try dan hasilnya..... kemain ceria lagi fesbuk ada aku tukar font, tukar saiz dengan kaler font masukkan gambar background image pun aku tukar style pop-up gitu memang ceriala takdela boring sangat fesbuk aku.hihihi cantik menarik tertarik kan?hihi masa aku tengah update blog ni aku tengah...