hantar pakcik ke airport nak pergi buat umrah


assalamualaikum


fuhh kemain panjang tajuk
senang baca tajuk je tak payah baca entri.hihi
petang tadi ke airport, hantar pakcik nak buat umrah
lepas jumaat, makan sikit pastu suami hantar balik rumah mak
sampai je mak dah siap dah dok tunggu kat beranda standby nak kunci pintu dah
amboi kemain lagi semangat
mak memang pantang kalau dengar orang nak g ke mekah ni
tadi pun masa salam salam aku tengok nenek rilek je tak sedih sedih
tapi dia dah sok sek sok sek dok nangis
aku faham mak mesti sedih sebab dia yang teringin sangat nak pergi
alih alih pakcik yang dapat pergi dulu
kesian mak!

pakcik pegi buat umrah bukan lama pun 2 minggu je
tadi masa salam lupa nak pesan lagi sekali kat dia supaya doakan supaya aku ni cepat dapat baby
mak tanya tak tulis doa ke bagi kat pakcik
tapi dah suami cakap tak payahla pesan kat mulut je
lagipun pakcik memang dah tahu sokmo aku ni dok desperate nak anak
in sha allah dia doakan nanti
dulu masa pakcik yang lain ke mekah, aku suruh dia doakan supaya aku dapat kerja tetap
alhamdulillah lepas tu aku terus dapat kerja kat tadika
kekal sampai sekarang
harapnya kali ni kalau pakcik doa untuk aku, moga termakbul lah in sha allah

harapnya lepas ni kalau ke airport nak hantar orang ke mekah lagi biarla giliran mak dengan ayah pulak
dengar cerita yang mendaftar tahun 2007, tahun ni dah dipanggil untuk naik haji
mak ayah daftar tahun 2008
semoga ada rezekilah tahun depan dorang nak ke sana
kalau tahun ni tak dapat jugak, mak plan nak pergi buat umrah dulu hujung tahun ni sekali dengan adik suami isteri
harapnya konfemla nanti kalau tak kesian dekat mak teringin sangat nak jejak kaki di mekah


rombongan cik kiah
alahai nenek comelnya pakai jubah hitam
dah nak sama besar ngan cucu.hihihi






pakcik dan anak tunggalnya
moga selamat pergi dan selamat kembali
tak sabar nak tunggu pakcik balik
nak minum air zam zam, makan kismis.hihihi





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB