DCC 2693


assalamualaikum


hari ni apalah malangnya nasib
motor suami dah hilang kena curi
astaghfirullahal azim...
motor baru je beli setahun lebih
lagi setahun lebih nak habis bayar
kalau dah bukan rezeki

pagi tadi macam biasa siap siap nak pergi kerja
suami keluar bilik dulu
masa aku keluar bilik dia baru siap pakai kasut sebelah
aku turun nak letak beg laptop dekat motor
tengok tengok motor takde

bila suami dengar je aku cakap 'b, motor mana?'
dia terus melompat bangun cari motor
kat depan rumah mentua memang ada 3 buah motor
tapi motor ex5 suami konfem takde
dengan sebelah kaki tak berkasut suami jengah cari motor dia sekitar rumah
konfem motor hilang

suami muka panik
agaknya kalau aku dengar degup jantung dia konfem debar kencang kot
ntahla, nak cakap banyak pun dah takde guna
suami cakap bila dia balik dari kedai malam tadi dalam pukul 1 motor memang ada lagi
agaknya lepas suami balik ntah pukul berapa la motor tu kena angkut dek pencuri

nak menyesal pun takde guna
2 minggu lepas rasanya aku ada cakap kat suami
kalaupun malam pergi kedai dengan kereta, motor tu parkingla elok elok
kunci elok elok, jangan biarkan terdedah macam tu je ada
tapi biasalah suami kan ada ego, cakap bini ni manalah nak dengar
kunci tayar ada tapi buat perhiasan dalam bakul je
setakat kunci tengkuk motor, sekali kena sentap terus boleh gerak

bukan setakat motor je
kereta sekarang ni pun dengan tak berkunci
pastu siap tinggalkan lagi dalam kereta
kalau orang nak bawak lari sekejap je boleh lesap
dulu pun kunci motor pun biar macam tu je
sape nak naik silakan
sekarang ni je kunci motor bawa masuk bilik
tapi malang ni memangla tak berbau

so pagi tadi suami tak jadi masuk kerja terus el
dia hantar aku pergi kerja dengan kereta
otw pergi kerja suami cakap patutla semenjak 2 menjak ni rasa sayang je dekat motor
maklumla banyak jasanya
suami jenis malas bawak kereta pergi kerja sebab lambat, jalan jem, duit minyak boleh save
sanggup dia berulang hari hari dengan motor
kereta just guna tiap malam pergi kedai je
dahla motor dia yang limited edition warna putih
siap dipasang dengan bakul kat belakang, siap dengan pelapik kusyen semua
aku cuma boleh suruh dia bersabar
dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana
pesan supaya lain kali lebih hati hati
kita tak tahu hati perut orang sekeliling
lagikan ayam itik mentua pun orang curi
inikan barang berharga macam tu

bila jadi macam ni dengan aku sekali rasa susah hati
tapi takpelah, mungkin sepanjang pencarian rezeki kami suami isteri ada yang rezeki tak berkat
manalah tahu, so Allah duga macam ni
Allah tarik rezeki yang ada
mungkin juga Allah tarik mana yang ada untuk beri yang lebih baik
suami cakap baru je semalam terima berita gembira pasal dia naik pangkat
tup tup hari ni jadi macam ni, memangla terkejut sangat sangat sangat

semoga pencuri dan mana mana yang berhati keji di luar sana diberi balasan setimpal
moga insaf sebelum terlambat
buat aniaya kat orang ni,  in sha Allah, tuhan balas terus kat dunia....

baru teringat petang semalam lama dok tenung motor suami
sebelum ni no plat motor tak ingat pun
semalam baru dok baca DCC 2693 rupanya no plat motor suami
dahla baru je semalam pergi meronda pasar malam pusing pusing naik motor dengan suami
sedihnyaaa.......    :(






Comments

  1. hi muis! kita singgah rumah awak... tukar je baru skrin tu.. senang nak layan movie :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB