hari ke 21
assalamualaikum
semalam aku ambik annual leave half day
sebab kena pergi klinik untuk ambik darah
kakak ipar yang kerja nurse cakap kena datang ambik darah hari ke 2 dan hari ke 21 period
kebetulan masa konfem nak pergi hari ke 2 dah lepas so tunggu lah sampai hari ni hari ke 21
walaupun cuti aku bangun macam biasa pukul 6
gosok baju kerja suami lepas tu solat subuh
dalam 730 terus mandi dan siap siap nak pergi klinik
walaupun sekarang kakak ipar dah pindah kerja kat hospital
tapi dia dah pesan jumpa kawan so bila daftar terus kawan dia bawak masuk bilik doktor
nasib baik doktor perempuan, so tak malula nak cerita benda benda sulit pasal period tu semua
doktor tanya macam macam
tanya pasal period datang ke tak
kitarannya elok ke tak
ada senggugut ke tak
ada penyakit serius ke tak
ada sakit dalam perut ke tak
kadar pertumbuhan bulu normal ke tak
jawapan aku semuanya POSITIF
dari zaman anak dara period memang datang tiap bulan dan teratur
kalau dulu kitaran 28 hari, sekarang ni kitaran 26 hari
tapi memang tepat tak pernah lewat hatta sehari pun
so agak musykil di situ kenapa susah nak mengandung
lepas jumpa doktor sampaila masa nak kena ambik darah
untuk hari ke 21 kena ambik darah untuk 2 jenis test
FSH D21 dengan apa ntah lagi satu aku dah lupa
masuk je bilik tempat ambik darah nampak ada 2 orang dah ada
yang lelaki badan besar tu nampak rilek je dok tengok kat jarum
bila aku intai jarum terus jantung berdegup
terus duduk atas kerusi tarik nafas hembus nafas
budak perempuan yang tengah tunggu giliran tu nampak pelik
'takut ke?' dia tanya aku
'bukan takut ke..memang takut!" aku jawab
terus konon konon buat rilek tarik nafas hembus nafas
memang masa tu dah start berdebar
lepas budak lelaki tu siap, turn pompuan tu pulak
bila aku dengar nurse cakap 'meh nak buat lagi sekali, cari sampai jumpa'
haaa masa tu aku terus panik
terus cakap kat nurse nak tunggu kat luar
duduk je kat luar kat kerusi mengadap pintu bilik ambik darah tu aku terus nangis
bukan setakat berair mata memang aku menangis beriya riya
lama jugak dok nangis gitu
lepas tu lap lap air mata, lap lap hingus sambil cakap kat diri sendiri
eleh, tak sakit pun.....
konon nak bagi cool downla wakaka
lepas tu sampaila turn aku
mula mula bagi lengan kiri
jarum tu aku tengok sekali je
lepas tu terus pusing tengok tempat lain
bila sampai masa kena cucuk rasa je sakit aku terus ternangis lagi
bercucuran air mata jatuh
memang masa tu tak malu dah
lantakla nurse tengok ke hapa
serius aku takut
lepas tu nurse pujuk pujuk ajak sembang
suruh aku selawat
barula rasa lega sikit
lepas tu rupanya urat tak jumpa
dah tepuk tepuk dah genggam tangan pun urat tak nampak
so dia beralih ke lengan kanan pulak
pun sama dah cucuk tapi tak kena urat, darah tak keluar
memang bila aku tengok pun tak nampak urat kat tangan
biasa nampak macam warna hijau hijau kan kalau jelas nampak urat
nurse beralih pulak ke lengan kiri lagi sekali
dahla tiap kali dia cucuk aku rasa ngeri terus dok Allah, Allah
haaa masa sakit baru ingat kat Allah.huhu
kali ketiga pun sama, still tak jumpa urat
nurse pun keluar pergi panggil pekerja makmal la kot
sebab yang 2 orang sebelum aku tu pun dia yang ambik
dia datang tepuk tepuk tangan aku, lama jugak
katanya urat halus sangat
bila dah macam nampak urat tu dia pun tukar jugak jarum
ambil jarum lain yang kecik sikit
alhamdulillah kali ke empat, jarum ke 3 barulah berjaya
aku dok Allah Allah gitu jugakla
sambil tanya dah siap ke belum
memang sikit pun aku tak pusing tengok
banyak jugak darah yang dia ambik penuhla satu jarum tu
sebab nak kena test 2 benda
aku tak sempat nak snap gambar pun, dah dia kerja kat makmal terus dia bawak jarum aku masuk makmal
so aku pun dah boleh balik
minggu depan hari ke 2 period kena pergi klinik lagi sekali
sebab kena ambik untuk FSH D2 pulak
harapnya minggu depan aku lebih bersedia
acctually takdela sakit sangat pun
cuma gerun sebab kena cucuk dengan jarum tu
bak kata cikji, sebab tu tuhan tak bagi anak lagi, kena cucuk jarum pun dah menangis nangis
nak beranak nanti ntah macamana
malas aku nak bayangkan
buat tegak bulu roma je
wawa pun takut jarum...nak buat hiv test utk kawen hari tu pun mau berminggu risau fikirkan jarum huhu
ReplyDeletemuis, ko gi wat test apa? cmna nk buat test tu jgk? huhuuu.. nak wat jugak
ReplyDelete