lesen memandu terbaru


assalamualaikum

khamis minggu lepas balik je dari klinik aku menghala ke jpj
sebabnya lesen dah mati 1hb tapi 6hb baru nak renew
elok je sampai jpj panji, nampak ada roadblock betul betul depan gate jpj
aku nampakla dia dok tahan motor
cantikla sangat dahla lesen aku mati
terus bagi signal belok kiri nak masuk pagar jpj
fuhh nasib baik, if dorang buat roadblock depan sikit konfem kena dah.huhu

elok je sampai naik tingkat 1 kemain ramai lagi orang
dapat nombor kena tunggu dalam 100 orang lagi
aduhlaa...tapi nak buat cane
aku pernah dengar jugak orang dok cakap sekarang ni lesen dah tak boleh renew kat pejabat pos
tu yang ramai sangat kat jpj tu

lepas ambik nombor turun balik pergila 7e dulu
cari air dengan roti buat pengalas perut
dah dari malam sebelumnya aku memang tak makan pun
lepas tu naik balik ke tingkat 1, nasib baikla ada tempat kosong
nasib baikla jugak nombor pun laju je gerak
so tak terasa la sangat

bila nombor aku dipanggil, kena buat bayaran dulu
disebabkan aku dah terlewat dari tarikh lesen mati so macam dulu jugak
tempoh lesen tu terus up untuk 2 tahun terus
so lepas ni kena renew sebelum 1 march 2016
kenala rm60 untuk 2 tahun

lepas siap buat bayaran, kena menunggu pulak dipanggil lagi sekali untuk ambik lesen
aku memangla bawak gambar pasport siap siap
tapi gambar lama, gambar masa muda.hehehe
tu pun cilok dari wallet suami
amboi suami kemain sayang bini, siap simpan gambar pasport 2 keping lagi.kihkihkih

dalam dok terleka menunggu giliran aku tengok dia dah panggil no giliran selepas aku
aku terus pergi tanya dekat kaunter
bila check, memang no aku dah panggil tak dengarla kot
so aku hulurkan gambar
tapi bila aku nampak ada 2 buah kamera aku cakap tak payahla scan gambar pasport
ambik je gambar baru
abang jaga kaunter tu pun cakap dudukla kalau nak ambik gambar baru, free je pun.hehe
tapi kaunter yang aku ambik gambar ni tak best
ntah bila dia snap aku pun tak perasan
penat senyum tau tau siap, tak cakap pun ready 123.huhuhu



lesen baru, lagi best compare dengan lesen lama
if dulu lekat gambar pasport pastu laminate
tapi lesen terbaru ni dah ala ala ic
tudung tu rasanya dah betulkan sebelum snap gambar
tapi rupanya senget jugak.huhu
lusa khamis nak kena pergi klinik lagi ambik darah
cadangnya nanti nak singgah jabatan pendaftaran bachok nak tukar ic pulak
ic terbaru katanya double picture
last tukar ic tahun 2005 kot lepas aku habis diploma
lewat tukar ic ni jangan sampai kena denda sudahhhhh...





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB