sotong bertelur, pesta makanan thai, mydin, nasi kukus abe mie
assalamualaikum
hari ni puasa ganti
baru je pukul 10 dah rasa aduhhh laparnya
nasib baik cuti sekolah
if letih sangat nanti boleh mengular jap.hihihi
kebetulan hari ni tukang masak demam
so jadi chef terjunla aku
pagi tadi masak mee goreng
ni baru siap masak sambal untuk bebudak makan tengahari
manala aku pandai masak banyak banyak ni
asal boleh telan sudah.hihihi
takde benda nak dibebelkan
just nak share gambar masa aku keluar dengan ayah hari isnin
ayah ada appointment di hospital
kali ni kami gerak awal sebelum pukul 8 dah gerak
sampai hospital sebelum 830
lepas drop ayah depan farmasi aku drive pergi kuarters hospital
ada nak cod barang
lepas siap ambik barang, masuk balik hospital tapi tunggu ayah dalam kete je
baru belek paper kejap ayah dah siap
tak sampai sejam pun
katanya orang tak ramai
bagusla tu
kebetulan sampai hujung bulan di ada pesta makanan thai di perkarangan stadium
alang alang lalu situ singgahla kejap
masa sampai tu tak bukak pun lalu
tapi kedai makanan dah adala gerai yang dok buat preparation
kebetulan malam sebelumnya hujan
so tempat tu jadi kotor sikit
penyediaan makanan pun nampak tak proper
kalau akula fikir dua kali kot nak beli kat situ
manala tahu kot kot nanti keracunan makanan ke apa.huhu
malas nak tunggu terus ajak ayah balik
singgah mydin ayah nak cari lauk
kebetulan ada sotong putih yang ada telur sotong
kemain lagi ayah pilih sekor sekor sotong tu
murah je rm15.90 perkg, ayah beli dekat 2kilo
balik rumah je mak buat sotong masak serai
aku tak makan nasi pun, just ratah sotong tu
faveret akula sotong yang ada telur tu.huhuhu
hirup dengan kuah panas panas waduhhhh terus kecur air liur
sabarrrrr, maghrib lambat lagi.huhuhu
tunggu ayah pilih sotong lama sangat
aku melilaula dok snap gambar
ternampak benda ni
memang freshla siap bersalut selut lagi
pastu bila aku tengok betul betul nampak benda tu dok bergerak dalam cengkerang
tak pernah jumpa tak pernah makan
nampak tak ikan keli kat tepi tu?
aku suka ikan keli tapi ragu ragu nak beli sebab takut mak geli nak siang
mak kalau dulu dia cakap siang ayam pun dia muntah
aku lagilah tak reti nak siang ikan keli
makan retila wakaka
nampak ikan ni konfiden je cakap ikan tilapia
terus dalam hati oh tersalah tulis trapia la tu
padahal bila aku kelebek tag dekat ikan tu memang nama ikan ni trapia
siap bertag ikan ni
fresh datangnya dari Pristine Rainforest Spring Water, Lake Temenggor
mak aihh kemain lagi
padanla kecik macam ni dekat rm7 sekor
kalau buat goreng garing ni mesti sedap
tuan tanah
sementara menunggu ayah try baju
ayah sapela hensem sangat ni
batik indonesia ada sale
kain pun elok tak panas
harusla aku memaksa ayah ambik corak dan warna ikut taste aku
style aku biasanya, paksa paksa suruh ambik pastu tolak ayah pegi try pastu cakap cantik cantik
terus ayah ambik
ayah ni padahal bukan gemuk pun tapi saiz baju XL sebabnya perut buncit sangat
kalau saiz L tak lepas tang perut.hihihi
dari mydin dengan perut yang berkeroncong
aku gagahkan diri jugak drive nak pergi kedai Nasi Kukus Abe Mie
memangla jauh nak kena patah balik menghala ke kb
dahla cuti sekolah, jalan sesakla jugak dari hari biasa
nak lepas 3,4 trafik light rasa macam berjam jam lama
tapi disebabkan ayah suka makan sini je,
aku pun suka.hihihi
disebabkan pagi tak breakfast, memang licin aku kerjakan nasi dengan ayam
biasa memang tak habis sebab nasi banyak, ayam pulak besar
yang ayah punya lauk ikan tapi disebabkan lapar snap yang aku je, pastu terus ngap.hahaha
dasarrr
balik rumah memang kenyang sangat
ada lauk udang galah masak sambal, ada lauk ikan kembung masak singgang, ada lagi sotong bertelur
semua tu aku dah tak layan
balik jelawat petang tu pun aku tak tapau lauk
malamnya bila lapar barula rasa alahhh ruginya tak tapau lauk rumah mak
nak makan sotong bertelurrrrr.huhuhu
muis kita ni memey klate sejati. jee pon suka sotong rebus serai. Favourite kot cuma jee x suka sotong ade telur. Makan je mesti buang telur. Nasi abe mie tu plak best nyaaaa. Dekat je my house. Tak sabar nak balik klate next weekkkk!!! Diet tp kelaut la kalau blk klate :)
ReplyDeletehehe of cos la jee..
ReplyDeletethis is kelantan kan..
alah if sekali sekala balik jgn diet ye..rugi.hehe
feveret tu sotong masak serai.nak balik kelate.masakan ma jugak yg best..huhu
ReplyDelete