stress di hari jumaat
assalamualaikum
macam dah wajibal ghunnah pulak setiap jumaat kena membebel.hihi
takpela, dah takde kawan lawan nak bercakap
baik aku membebel dekat blog je
macam biasa disebabkan sekarang ni aku dah mengajar tuisyen balik
so pagi pagi kena bangunla datang tadika
dahla hari ni first day period, perut pun tak selesa
disebabkan hari ni baru period, so ahad ni kenala ke klinik lagi sekali untuk ambik darah hari ke 2 period
semalam dah pergi tapi buat penat je
disebabkan period terlewat datang lepas tu salah faham apa doktor pesan, so darah tak boleh ambik
takpela, ahad nanti cuti half day lagi sekali
nak cepat cepat setelkan benda ni
lepas tu nak kena tunggu result test darah dalam sebulan jugak katanya
dahla hari ni perut tak selesa
rumah pulak enjin air rosak
so air tak naik susah nak buat kerja kat dapur
nak basuh baju lagi
petang semalam suami dah sambung paip ambik air dari rumah kakak dia
so dah penuh tong air besar dengan 5 baldi dalam bilik air aku penuhkan
bolehla nak buat mandi semua tu
dengan period semua ni kalau air takde eeei rimasla
mulalah aku rasa nak lari balik rumah mak
nampak gayanya kena balik basuh baju rumah mak jugak la ni
nanti nak masak masak pun lecehnya
aduiii janganlah berlarutan pulak masalah ni
kena banyak bersabar aku ni
petang semalam pun dah bebel bebel kat suami
dia takpela senang pakai seluar pendek boleh mandi kat depan je
aku ni lah yang stress dok fikir cane nak basuh baju, cane nak masak nak basuh pinggan semua tu
dengan kerja tadika lagi nak kena siapkan eeiii stressnya
mmg btol stress tu..sabar yea
ReplyDelete