cerita subang emas


assalamualaikum

sah. sahih. konfem. yang sepasang subang emas aku dah hilang
sedih.
frust.
takde mood nak makan. *tipulasangat ;p*

tapi sape nak disalahkan?
akuuuuuu jugak
dasar pelupa, dasar cuai
bulan lepas cincin tunang dengan cincin suasa suami hilang
yang tu takpelah dah ada yang panjang tangan
so kira takde rezeki
tapi kali ni memang sebab kecuaian sendiri
kalau bagitau mak konfem kena bebel

last aku ingat masa nak tidur aku bukak subang tu
sebab jenis aku ni memang tak boleh tidur if subang di telinga, rantai di tengkuk. rimas.
so sebab dah lama tak pakai, takutla lubang kat telinga ni tertutup so ambikla pakai subang
tapi dok pakai cabut macam tulah
last yang aku ingat subang tu aku bukak pastu aku balut ngan kertas tisu pastu letak kat poket dalam beg merah aka longchamp celup aku tu
setakat subang paku besar mana la sangat
lepas tu memang terus lupa pasal subang tu
tak ingat langsung nak simpan balik dalam bekas

jumaat lepas masa aku tergesa gesa nak ke airport
aku tunggang terbalikkan beg tu sebab nak keluarkan semua barang
agaknya subang dalam kertas tisu tu terjatuhla kot
pastu esok malamnya sebelum suami datang ambik, aku kemasla semua sampah termasukla kertas tisu hasil air tangan aku yang dah selsema 2 minggu
semua main campak main masuk plastik sampah je
agaknya tercampak sekali kertas tisu yang ada subang.huhuhu

dari mula aku simpan subang tu dalam kertas tisu, dah 2x jumaat berlalu
hari ni baru aku teringat pasal subang tu
cari kat dalam bilik, cari kat dalam kelas
selongkar dalam semua beg, memang tak ada
aduhlaaa sakitnya hati
rasa nak hantuk kepala kat dinding je
apa ke teruk sangat dah perangai pelupa aku ni

takpe takpe think positif
takde rezeki nak buat cane
pandai pandaila aku pujuk hati sendiri.huhuhu
dalam dok pujuk hati tu dah plan nak wasap gambar subang kat suami
buat buat sedih sikit faham faham sudahla.hehehe
hadiah besday pun tak tuntut lagi ni :p

kebetulan tadi kedai emas online yang aku beli gelang ada iklan satu set subang baru
cantik tapi bila aku tanya dia takde stok yang ada batu
semua emas penuh je
aku ni jenis suka yang ada batu sebutir
takpela ada rezeki nanti grab yang lain
bukan nak pakai subang sangat pun
tapi sayang jugak if lubang telinga tertutup
dah tua tua ni telinga tebal sakit kot if nak bertindik yang lain.hehe



macam comel je yang ni.hehe
1.04g x rm142/g + kos upah rm53= rm200 je
murahhhhh memang murah

sape berminat nak beli emas cash atau ansuran boleh masuk link sini
My-Hamidah-Kedai-Emas
akak ownernya baik sesangat
ramah mesra layan pelanggan thru wasap je pun
tapi customer service dia bagi memang tip top sesangat
so, memang dah tak payah cari kedai lain if nak beli emas online

sebelum tu, moral of the story:
janganla cuai!!!!!!!!
kalau rasa barang tu berharga terus je simpan elok2 dalam almari berkunci
jangan dok nanti nanti, kesudahannya lupa!
aku lah tu, bukan orang lain :(



Comments

  1. sama lah dengan wawa...selalu rantai tangan letak dalam poket kecik dalam handbag je...sbb malas nak pakai...kat penang ni bahaya sikit kalau pakai barang kemas terdedah ni...ari tu dah hilang sekali.....sedar-sedar dah tak da kat tangan huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB