peristiwa 13 mei



Assalamualaikum...


Cuti hari wesak, aku cuti solat so membutala sampai pukul 9 lebih
Tubuh rasa tak berapa sihat, tekak pun sakit so bangun mandi mandi biar segar sikit badan
Lepas mandi basuh kain seround, then kemas dapur
Kemas semua pinggan mangkuk, gelas, bekas tupperware
Pindah semua barang, lap bersih bersih semua rak rak, cuci balik semua..
Pastu ambik sotkhabar tutup bahagian atas
Tak tau kenapa dapur banyak sangat debu
So semua alatan dapur mudah kotor
If nak guna memang kena basuh balik

Breakfast tak masak
Lunch pun tak masak
Dah bagitau suami nak makan nasi ayam
Dalam 1130 keluar rumah




Singgah makan nasi ayam
Tak best, nasi keras
Dahla aku sakit tekak.huhu

Lepas makan tapau abc untuk mak dengan nenek
Takde nafsu nak ronda pasar jelawat
Suami dengan motor nak singgah kedai pasang karpet motor dia
Aku dengan kereta terus singgah klinik ikhlas

Hari ni dr martina cuti
Tapi doktor ganti doktor pompuan jugak
Bila dia check tonsil aku bengkak besar dua dua belah walaupun aku rasa sakit belah kanan je
Memang besar sangatla kot sebab tiap malam terasa sangat sakit, nak tidur pun susah
Memang rasa berketul ketul je bila menelan



Kali ni aku bagitau siap siap taknak panadol sebab tak demam
Taknak sp troaches sbb dah ada stok beli sendiri
Mintak antibiotik dengan ubat batuk bena je
Dapat bena bukan yang aku biasa minum
Silap tak tanya elok elok
Takpelah asal boleh telan
Tapi klinik ni paling mahal la compare ngan klinik lain kat area jelawat
2 jenis ubat je dah rm39
Tapi aku tak kisah sebab klinik ni je doktor pompuan
I is not like doktor berlawanan jantina
Lagipun suami bagi rm50, okla tu balik modal jugak.hihi


Aku suruh check darah jugak
Bp 130/80..atas pagar katanya
Pastu doktor suggest suruh aku operate je tonsil aku
So aku story morila sejarah tonsil aku ni
Dia cakap patut dari kecil dah operate
Bila dah tua ni katanya lagi sakit
Takpelah kot
Lagipun sekarang ni tonsil aku bukan teruk sangat pun
Last kena bulan 12, ni dah bulan 5...okla tu
If kena tiap bulan harusla fikir untuk operate

Sempat tanya jugak doktor macamana tonsil ni boleh jadi
Dia kata banyak faktor
If ada resdung, antibodi lemah asik selsema dan faktor pemakanan, faktor cuaca,
Lepas tu doktor suggest makan aiskrim supaya lagi cepat baik
Kalau setakat aiskrim takde masalahla, memang faveret aku.hehehe

Ingat lepas singgah klinik boleh terus balik rumah mak
Suami pulak suruh singgah kedai aksesori nak tukar speaker kereta
Takde keje nak menghabiskan duit..
Sukahatilah..huhu
Yang bengangnya sebab kena menunggu lama
Dahla cuaca panas, badan pulak letih
sejam lebih jugak nak tunggu siap
sampai rumah mak dah pukul 2.30
tengok tv sembang sembang kejap then tertidur sampaila pukul 530
bangun cuci muka pastu sambung makan
630 gerak balik jelawat
dah janji dengan suami nak pegi pasar malam ronda ronda naik motor baru.hihi



skuter baru pengganti motor hubby yang dikebas dek penyamun
kali ni beli skuter pulak
takde gear katanya, just brake di tangan
ntahla pasal motor ni aku bukan tahu sangat pun
model SYM powerteck SLE complete set dengan sport rim
kalau dulu suami tak jaga sangat safety motor dia
kali ni terus beli siap siap rantai dengan lock tayar semua
haaa, baru nak beringat
sym ni model malaysia je, bukan model panas macam ex5 atau lc
harapnya berpanjangan jodoh la kali ni
dan dengan ini bermakna aku akan mengalami sakit belakang lagi membonceng motor pergi balik kerja
dan akan mengalamai masalah kerosakan di bahagian awning tudung
if pakai bawal konfem berkerepot bahagian muncung.huhuhuhu

hari khamis je boleh drive sendiri sebab suami balik kerja awal
sekali seminggu okla tu :(








Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB