hari berkabung #mh17
Assalamualaikum.
Innalillahiwa inna ilai hirojiun...
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Hari ini 22 ogos 2014. Hari berkabung untuk tragedi mh17. Alhamdulillah hari ni 20 jenazah mangsa mh17 dah selamat sampai di malaysia untuk diserahkan pada keluarga masing masing.
Balik dari tuisyen pagi tadi, aku sempat tengok siaran secara langsung kat tv. Bila tengok keranda dimasukkan dalam van jenazah, memang rasa sebak dan terharu. Tapi disebabkan menonton ramai ramai, so tahan jelah.
Besar dugaan untuk keluarga semua mangsa. Tak boleh bayangkan if mangsa tu adalah suami, anak, mak, ayah, adik beradik atau saudara aku. Sebabnya cara kematian tu tragis sangat. Ditembak jatuh dalam pesawat di ketinggian beribu ribu kaki.
Masha Allah...kejamnya manusia.
Hari ni bila tengok kat fesbuk, banyak pulak orang share pic berkaitan arwah co pilot ahmad hakimi. Maybe sebab dia orang kelantan, dan rata rata friends aku orang kelantan. So fokusnya mestilah pada mangsa dari negeri sendiri kan.
Rasa sebak sangat bila tengok gambar arwah dengan anak dia. Dan ada juga gambar anak arwah didukung oleh kawan sekerjanya masa solat jenazah di masjid putra, putajaya.
Anak arwah belum masuk setahun pun. Dan tersangatlaaaa comel. Arwah pun sebenarnya anak saudara pada ex bos aku masa kerja dekat transnational dulu. Dan sepupu kepada kawan aku, fami yang sama sama kerja kat situ. Masa mula mula tahu tu memang terkejut jugak, keciknya dunia. Sebelum ni kawan aku, si fami kehilangan mama dia, sekarang sepupu pulak, semoga bertabah ya fami. :(
Apapun, dalam kesedihan dengan tragedi mh370 dan mh17, ini juga sebenarnya adalah peringatan kepada kita. Tua, muda, miskin, kaya, sihat, sakit..ajal kita datang tak tahu bila. So sentiasa bersedialah. Sebelum malaikat maut datang menjemput. #peringatanuntukdirisendiri
Untuk semua mangsa beragama islam, moga sentiasa di dalam rahmat Allah.
Al fatihah.
kejadian mh17 ni pun peringatan untuk kita jugakkan walaupun tada ahli keluaraga terlibat.tapi beri kesan buat malaysia.moga mereka tabah
ReplyDelete