Kisah Seorang ISTERI dan PENGEMIS
Assalamualaikum.
Dah lama tak kongsi dekat sini salah satu kegemaran aku. Kisah kisah motivasi kehidupan. Koleksi cerita motivasi aku memangla banyak sama ada yang bertaip ataupun tak, tapi dah lama tak ambik tahu. Tersimpan je dalam kotak dalam bilik. Rasanya lepas ni kena rajin rajin la share balik dekat sini.
Hari ni nak share satu kisah yang aku terbaca di facebook.
Kisah Seorang ISTERI dan PENGEMIS
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya,
"Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?"
Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab,
"Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!"
Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.
Pada suatu hari yang naas, perniagaan lelaki itu jatuh bankrup. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, kerana tidak secocok sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.
Tidak lama sesudahnya bekas isterinya itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang.
Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya,
"Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?".
Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".
Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya,
"Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan makanan kepada pengemis itu?".
Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih,
"Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.
Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?
Dia adalah suamiku yang pertama dulu."
Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya,
"Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?
Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".
Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi anda akan diatas atau di bawah. Jangan bersikap sombong ketika berada diATAS, tebarkan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya.-sumber dari facebook
Sabda Nabi Muhammad SAW,
"Tidak akan masuk syurga jika dalam hati seseorang, walaupun sedikit, memiliki rasa sombong.." -Riwayat Muslim.
Nau'zubillahiminzalik...moga kita semua bukan dalam golongan orang yang sombong ya,
sama sama kita ubah diri kita.
banyakkan beristighfar, moga dosa kita diampunkan Allah SWT, amen.... :)
nauzubillahi min zaalik.. huhuu. mintak jauh lah sifat sombong dan angkuh kan... kekadang kita selalu lupa dan alpa dgn ksenangan yg Allah pinjam kat kita. moga aku sentiasa insapppp huhuu.. tq for sharing :)
ReplyDelete