selepas 5 tahun
Assalamualaikum.
Otw balik kerja tadi sempat buat sesi meluah perasaan dengan suami. Berkaitan anak. Isu utama dalam hidup aku dan suami sekarang.
Sebelum raya hari tu aku pernah bagitahu suami sekali. If cukup 5 tahun kami kawin, tapi kalau kami masih belum dapat anak, aku redha kalau suami nak bercerai.
Tapi masa aku aku bagitau suami dalam wasap.
Suami balas wasap cakap aku gila fikir macam tu.
Tak pernah dia ada terniat macam tu walaupun kami masih takde anak.
Ok, fine.
So tadi aku cakap lagi. Kalau ditakdirkan masih tak dapat anak, biarla kami berpisah. Aku sayang dia. Mesti aku nak yang terbaik untuk dia. Kalau yang terbaik tu bukan dengan aku, aku redha. Andai itu takdir tuhan, sape aku nak menidakkan.
Tapi suami balas apa, aku kurang dengar ayat pertama dia. Tapi lepas tu dia cakap ingat senang senang ke nak bercerai, nak berpisah sambil senyum senyum.
Mungkin dia rasa kelakar dengan pemikiran aku.
Mungkin dia anggap aku ni kebudakan.
Hakikatnya, aku nak bersedia. Walau sekarang ni aku masih berfikiran positif, masih rasa besar peluang yang aku ada untuk hamil, tapi aku pun nak bersedia jugak. Lagikan hati sekelip mata boleh berubah, inikan sekadar ucapan yang keluar dari mulut.
Kalau difikirkan, gila ke aku sampai nak berpisah dengan suami? Mungkin aku jadi gila if terpaksa berpisah dengan dia. Sebab sekarang ni pun, selain tuhan dan keluarga, suami jelah yang aku ada. Tapi kalau fikir betapa kerdilnya diri aku ni sebab tak boleh bagi suami anak...hanya Allah sajalah yang tahu.
Setiap masa berperang dengan perasaan sendiri. Aku letih.
Sejak first treatment di hospital, aku jadi lebih positif. Rasa lebih konfiden yang aku ni takdela bermasalah serius untuk dapat anak, cuma masa dan rezeki belum ada. So aku memang rasa tak sabar untuk setiap appointment. Apa saja rawatan nanti, in sha Allah aku dah bersedia.
Lagi 2 hari nak period. Aku kecewa. Mood pun memang tak menentu. Kesian dengan orang di sekeliling aku, tapi lebih kesian kat diri aku sendiri... T______T
alor sedihnya.. jangan la pikir macam tu, ramai lagi orang lain yang senasib ngan kita.. bersabar k
ReplyDeletesalam muis...sedih baca entry ni...wawa pun belum ada rezeki...banyakkan berdoa...macam wawa history belah husband semua nya ambil masa yg agak lama untuk dpt anak...wawa jadi positif sebab makcik husband pun ambil masa 7 tahun untuk dpt anak 1...3 bulan lepas baru dapat anak kedua...sama2 lah kita berdoa...insyaAllah
ReplyDeletenik pun blum ada rezeki dear.nik faham.kdg2 nik pun mcm awak jugak.kami pun hampir 5 tahun kwen.
ReplyDelete