serba serbi pink



Assalamualaikum.

Entri sesaja.
Nak tayang gift terbaru dari suami.



Helmet pink u'oolllss...hehe

Cantet tak?

Alkisahnya masa raya ritu anak sedara dah rosakkan helmet yang aku tertinggal rumah mak. Rosak visor je pun, boleh je pasang balik ganti baru.

Tapi suami cakap takpe, beli baru je so otw balik suami singgah kedai aksesori motor terus belikan helmet pink ni.

Memang dulu dia ada bagitau nampak helmet pink ni kat kedai pastu nak belikan tapi aku dah lupa pun. Tup tup ada rezeki jugak dapat yang baru.

Suami aku ni tak tahula nape. Minat sangat kaler pink.

Setakat ni kalau semua barang yang dia belikan atau dia pilihkan untuk aku memang semua pink.

Teringat masa bertunang dulu, aku berkenan purse merah, tapi dia suruh ambik yang pink.

Dia belikan laptop 2 tahun lepas pun, tengok tengok kaler pink.

Belikan kemeja hadiah anniversary tahun lepas pun kaler pink. Walaupun saiz yang ada satu saiz kecik dari yang biasa aku pakai, tetap ambik jugak sebab dah berkenan kaler pink.

Sebelum raya ritu nak tukar casing tab, aku nak yang bercorak, tapi dia suh ambik plain, pun kaler pink jugak.huhuhu

Soft pink pulak tu. Ala ala sangat kan....

2 bulan lepas aku tengok ada powerbank baru!

Guess what?

Harusla warna pink kan? Huhuhu


Tapi suami pandai pilih. Selalu yang dia pilihkan atau belikan aku berkenanla. Kiranya ada taste jugakla. Kalau takde taste, takkan ambik aku buat bini..hahaha perasan gilos

Oh ya, suami bukan setakat suka belikan aku barang pink, dia pun takde masalah nak pakai baju pink. Tshirt, kemeja kerja atau kemeja santai memang dia pakai je warna pink.

Tapi, walaupun suka pink, suami aku tak lembut ye.
Konfem keras! Hahahaha...

Just kidding, jangan marah arr. Sampai ketemu lagi...daaaa :D





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB