kenduri kahwin di terengganu


Assalamualaikum. 

Tinggal lagi 2 hari sebelum cuti sekolah berakhir. Cuti sekolahnya seminggu je tapi kenduri kenduri sana sini tak habis habis lagi. 

Hari ni last la kot. Kenduri anak saudara belah suami. Aku dah lama apply cuti sebab suami cakap nak kena gerak pagi khamis. Sandingnya hari jumaat tapi hari khamis dah kena pergi sebab ayah mentua kena jadi wali. Anak saudara ni anak pada abang suami yang sulung, ayahnya dah takde so mentuala kena jadi wali. 

So pagi tadi lepas subuh, siap siap dan terus gerak. Lebih kurang jam 645. Mak mentua siap kejut aku pukul 6. Katanya aku kena bangun awal sikit sebab orang pompuan kan bersiap lama sikit.huhuhu bukan aku makeup apa pun. If lambat pun sebab kemas barang je. Laki dia tahu dia siap je, if ada barang tertinggal, aku jugak yang dibebelnya. 

Rumah kakak ipar ni di Felda Bukit Bading, Terengganu.  Ni kira kali kedua la aku mai sini.  Kemain lagi jauh. Adala dalam 2 jam setengah if jalan tak jem

Memangla aku siap bawak bantal kengkonon nak tidur atas kete, tapi takde maknanya. Suami macam dah tak reti nak tekan brek kot, asik terlompat aku kat belakang ni. Dahla pasang radio, topik putus cintala hapala eei buat aku sakit otak je.



Selfie pesen baru
Letak tab dekat bumbung kete, bila tayar masuk lubang belebuk jatuh tab atas dada aku.
Selfie dengan bantal besar angry bird peneman aku dalam kete.






Lepas sampai terus makan.
Hidangan untuk rombongan orang nikah.
Nasi kuning, gulai ikan aya, ikan kering, acar dan sambal belacan.






Mentua tengah tandatangan borang sebagai wali
Tok kadi dahla cakap pure terengganu, tak faham bapak mentua aku.hehe





Laki bini selfie.
Orang dok akad nikah, kami dok selfie.
Laki baru download camera 360, orang tengah jakun, kita layankan je.huhu


Mulanya plan nak bermalam kat sini. Tapi suami cakap petang sikit nak balik. Sebabnya mak mentua tak ikut, tinggal dia dengan anak sedara je dekat rumah. Haihhh buat penat je packing baju. Tapi ok jugak. Boleh balik rumah mak ayah kejap esok.


Ok, tu je nak stori. Sampai ketemu lagi. Daaaa....




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB