seminar pendidikan guru tadika swasta


Assalamualaikum. 

Hari jumaat minggu ni sebenarnya bermuka dengan elok je pun. Macam biasa lepas bangun subuh, aku tak tidur. Ambik quran baca surah alkahfi, lepas tu masuk dapur n kemas dapur. Lepas siap kemas, ambik kek dalam peti ais, makan sambil tengok finale masterchef profesional. Hah, bahagia kan hidup macam tu? 

Tapi menjelang tengahari, kebahagian aku ni rupanya tak lama. Sempatla bikin drama sekejap tadi. Ohhhhh stressnya rasa. Benci betul dengan benda benda macam ni. Sedaya upaya dah aku cuba elak sebenarnya, tapi manusia kan? Kita hanya mampu merancang, tapi dah kalau Allah berkehendakkan jalan yang lain? Apa lah daya aku nak melawan. So, redha! 

Apapun, aku harusla kena fight untuk diri aku. So, kepada yang berkenaan, jangan cuba nak cabar aku. Aku tak cari pasal, so janganla nak cari pasal dengan aku. Aku ni jenis pendendam. Susah sangat nak lupa if orang buat aku. Katalah apa pun.... bagi aku, alang alang mandi, biar sampai basah! 

Aku nak lupakan drama tadi. Mohon dari tuhan jauhkan aku dari keserabutan jiwa.

Kebetulan hari ni, kena menghadiri seminar pendidikan awal kanak kanak untuk tadika swasta. Dari pukul 2 hingga 6 petang di OUM Kota Bharu. Kata je pukul 2, tapi pukul 3 baru mula. Biasalah kan....

Aku, kalau bab kursus dan seminar, memangla separuh hati je if kena attend. If volunteer, memang malas dah.hehe Kalau arahan dari bos, wajibla kan kena ikut.

Tapi sebelum mula, ni kira wajib jugak ek?

Muka ceria kena attend kursus  ;p

Slot pertama, dari timbalan pengarah oum. Slot berkenaan kemasukan ke oum. Alang alang, harusla promo iklan baikkk punya. Untuk orang lain tak tahula, tapi kalau aku, memang dah tak akan sambung masterla kot. Jiwa nak study tu memang dah kelautan hindi rasanya. Tapi tadi masa dia tanya kelulusan, 3, 4 orang je kot yang ada degree. Yang lain maybe ada spm, stpm atau diploma je. So if berminat, bolehla sambung kerja sambil belajar.

Then, slot ke2. Haa, slot ke2 ni barulah betul berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di tadika. Tajuknya dah lupa la pulak, tapi semua berkaitan dengan cabaran menguruskan students di dalam dan diluar kelas. Nama penceramah ni pun aku dah lupa, tapi ceramahnya memang best. Banyakla dia kongsi tips, nasihat, cara nak handle students. Penceramah ni memang lecturer dalam bidang pendidikan awal kanak kanak, pernah menguruskan 2 buah kindie milik dia sendiri dan sekarang full time lecturer di oum.

Paling aku suka masa dia bagi tips untuk tarik perhatian students masa sesi bercerita. Dia siap tunjuk cara bercerita, dan teknik yang dia guna supaya students selalu fokus masa sesi bercerita, memang aku rasa berkesan sangat sangat. Kemain lagi aku bersemangat join aktiviti masa dia bercerita. Dahla suara aku punya power jangan citela kan? Macam aku je yang paling bersemangat kat situ. Hahaha

Lepas tu ajar nyanyi dengan gaya. Lagu barula, yang aku tak pernah dengar lagi. Siap dengan movement lagi. Keseluruhannya, slot ni memang best. Tapi disebabkan habis sesi pun dah lewat sangat, memang tak sabarla nak balik. Tapi sebelum tu, harusla makan dulu. Wajib tu. Aku dahla dari pagi just makan sekeping kek je, memang lapar tak usah cakapla.huhu


Eh eh nape ek kalau makan dalam pinggan, nampak banyakkkkk je. Padahal sikit je tu. Yang dalam mangkuk cik hazirah punya lagi banyak sebenarnya. Hahahaha.... teh o panas dengan mee kari. Rasa boleh tahanla. Sebab lapar semua memangla sedap. Ada muffin jugak tapi tak ambik pun. Lepas siap makan terus cepat cepat balik. Singgah solat di tadika je. Malas nak solat di surau oum.

Then, lepas tu balik dari tadika singgah kedai rm2 jap. Aku nak beli pisau dengan stok makanan. Suami pula dok suruh belikan dia tabung. Haihh, macam budak budakla pulak nak menabung ni. Layankan jelah. Lagipun rm2 je pun. Saya belanja hokeh ;)

Lepas setel beli barang, terus balik rumah. Sampai rumah dah 730 pun. Mandi, solat, lepak depan tv. Keje berlambak lagi tak siap. Mata macam dah nak tertutup je ni.huhu..kerja tak siap mampus kena letiaq dengan bos nanti. T_____T















Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB