friday housewife


Assalamualaikum.

Rasa macam dah jadi rutin pulak menulis di blog setiap hari jumaat.
Sape tak suka cuti kan?
Hati pun rasa tenang je nak bebel di blog.

Hari ni lepas subuh terus keluar tengok tv.
Sedikit merajuk dengan suami so malas nak sambung tidur.
Agaknya dia pelik nape i tak masuk bilik, dia keluar cari i jugak.hehehe

Tapi memangla sebab malam tadi tertidur awal depan tv, so rasa macam dah cukup tidur.
Kebetulan ada ulangan australia masterchef yang tak sempat tengok petang semalam, so i layan yang tu je.

Lepas habis cite, masuk bilik ambik baju kotor.
Round pertama baju suami la dulu.
Kebetulan pulak hari ni mendung, n tadi hujan renyai renyai.
So kalau basuh banyak, if baju tak betul betul kering susah pulak nanti.

Sementara menantikan baju siap basuh, kemas dapur dulu.
Hari ni habis semua barang dekat kabinet i punggah.
Nak kemas bekas bekas plastik, nak buang mana yang tak perlu, nak simpan pinggan mangkuk mana yang tak guna.

Kami makan berdua je pun, pinggan mangkuk macam nak makan 4, 5 orang.
Buat semak je tau.

Sekarang ni kalau kemas barang, i malas nak fikir banyak.
Mana yang tak releven untuk disimpan terus buang je.
Malas nak fikir sayang ke apa, nanti nak guna ke hapa.
Sebab selalunya memang tak la.

Lepas setel kemas semua, hati pun senang, mata pun tak sakit tengok barang kemas tersusun.
Penat takpe asal hati puas.
Lagipun hari cuti ni jelah nak kemas kemas semua.
If hari kerja manala sempat.

2, 3 hari lepas suami tanya baju baju putih dia semua dah basuh ke belum,
I cakap tunggula hari jumaat sabtu.
Hari kerja rasanya tak kuasa nak ambik tahu hal baju.
Dahla malam suami di kedai, i sorang je kat rumah, baik rehat jelah.huhu

Minggu ni cuti 2 hari rileks la kot.
Boleh la nak tengok tengok untuk siapkan communication student pulak.
Lesson plan dah tak payah buat, n minggu depan seminggu bebudak ada final exam.
I suka je minggu exam sebab tak payah mengajar, just tunggu students siapkan paper je.hehe

Kertas exam pun dah setel.
Semalam sampai lenguh kaki n betis, sakit pinggang berdiri dekat printer.
1 subjek ada 11 helai, kena buat 42 copy.
I pulak kena buat 2 subjek, english dengan mathematic.
Tu pun nasib baik start print dari pagi separuh.
Kalau semua nak buat sekaligus? Dahla kena bergilir guna printer.
Matikla sampai malam tak siap lagi.

Pagi tu memang 42 copy i print je, so tak payah tunggu dekat printer.
Tapi bila petang kertas asik terlekat je dekat copier, so i print 1 copy lepas tu fotostat je.
Nasib baikla semua lancar je sampai semua siap.
Dari pukul 3 lebih kurang start, dalam pukul 6 lebih setel.
Maghrib dah sampai rumah mak.

Disebabkan letih sangat, tula pasal malam tadi suami lambat sikit datang ambik i terus moody.
Bebel bebel kat dia dalam wasap je pun i berani.
If depan depan i sabar.hahaha
I ni jenis morning person, bila malam je if dah letih sangat, tak dapat mandi n rehat macam biasa, mulala nak lepas geram.

Tau je pun bukan salah suami totally, tapi biar jelah.hihi




Dah lama tak masak breakfast pagi jumaat.
Fried rice with fried egg, leftover fried chicken, iceberg lettuce.
Waa, kemain nak letak nama dish ala ala masterchef gidttew.
Padahal nasi goreng  letak telur dadar, lebihan ayam goreng semalam dengan salad laki dalam peti i rembat sikit.hehe
Stok sayur takde.
Maleh kengkadang tu nak beli sayur.
Banyaknya kecut dalam peti.
Laki i tak suka sayur. I suka sayur sangat sangat.
Kan tak sehati sejiwa tu T___T





My portion.
I is dont like my nasi goreng kalau takde sayur.
Ada salad pun jadila.
Lepas tu kena ada timun yang banyakkkkk.
Untuk brekafast ni, satu pinggan, dua kali repeat.
Malam tadi makan mee kuah mak buat je sikit, so lapar sangat sangat sangat.
Sebab biasanya i tak makan pagi jumaat, so merajinkan diri masak.
Alah, takat nasi goreng, i pejam mata je siap.kihkihkih

Gambar pic tak sama sebab pic atas guna instagram, boleh edit edit.
Tapi tak publish pun dekat insta, malas.
Dah lama tak ambik tahu instagram walaupun on9 24jam.
Takat follower 2, 3 kerat, tak kuasa i nak mengupdate instagram :D

Okayla, kite nak makan dulu. Nasi dah sejuk pun.

Penyakit orang zaman sekarang.
Sebelum makan tangkap gambar dulu.hihi
Tak mengata orang, tapi mengata diri sendiri. :P




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB