Holiday Villa & Suites, WCY.
Assalamualaikum.
Meh nak story sikit pasal Hotel Holiday Villa & Suites ni.
Salah satu cawangannya di Kota Bharu nilah
If bukak website katanya 4 bintang. Ye ke?
So untuk launching new program hari ni, mrs boss pilih untuk buat kat sini.
Next month ihtifal pun akan dibuat dekat sini jugak.
Petang jumaat, sampai sana lebih kurang pukul 5pm.
Mrs boss sewa 3 bilik untuk kami, 15 orang, so satu bilik untuk 5 orang.
Lepas sampai sana baru dapat tahu i dengan cikji akan sebilik dengan geng admin.
Bagus. Molek sekali pilihan mrs boss.hehe
Lobi hotel. Tak besar pun ruangannya.
Tiang besar tu macam menyemak je. If ada event apa apa, dia just tampal dekat signboard beroda tu. Macam pelik je.
Ruang menunggu ada 1 ni je.
If penuh, berdiri jelah kat situ.
Bilik kitorang dekat tingkat 6, tapi bila nak masuk tengok bilik masih tak berkemas.
Cadar tak kemas and sampah masih ada.
Maknanya lepas orang last chekout, housekeeping belum kemas rupanya.
Masa tu dah pukul 5 lebih kot.
Kan checkout biasanya 12pm. Kemain lama nak ambik masa nak kemas bilik.
Dahla kami ni datang barang banyak.
Dengan barang sendiri n barang tadika lagi.
Then, pihak hotel cakap tukar ambik bilik kat tingkat 5.
Kemain lagi dorang cakap bilik ni dorang bagi harga lebih murah if nak compare dengan bilik asal.
Katanya lebih mahal sebab bilik deluxe dengan view la konon.
View apanya, nampak belakang hotel ada perumahan n kilang apa ntah.
Kalau setakat view macam tu, baik tak payah ler.
Disebabkan penat nak kedai turun naik lif beralih bilik dengan mengangkut barang lagi,
so gambar bilik tak snap pun.
Tak sempat sebab bilik terus dilambakkan dengan barang barang persiapan majlis.
Takpela, nanti boleh google sendiri ye.
Mulanya mrs boss nak tambah lagi satu bilik, tapi bila difikirkan tak payahla kot.
Dewan yang kami sewa tu kebetulan malamnya ada dinner so dalam pukul 12 baru boleh masuk hias dewan.
Sampai sekarang rahang belah kiri i sakit.
Tiap kali menguap, bunyi rahang berlaga.
Kalau nak mengunyah kacang pun rasa sakit.
Rasanya ada 2 sebab.
Pertama sebab dok tiup belon banyak sangat.
Kedua sebab dok menguap sampai 2.30 pagi.
Selfie dulu dengan baju korporat baru.
Muka je kembang, badan nampak slim je.kihkihkih.
Walaupun tidur dekat nak pukul 3, tapi masa ni sebelum 7 pagi dah siap.
Disebabkan malam tadi tak cukup tidur, so mrs boss belanja buffet breakfast kat hotel je. ;D
Keluasan biasa biasa je n makanan pun biasa biasa je.
Rm20/head tapi tak banyak pilihan pun.
Yang i ingat cuma ada nasi lemak, nasi goreng, kuetiow goreng, bubur nasi, cereal, roti bakar, sosej, french toast, baked beans, fruits. Tu je.
I ni hantu bubur nasi.
If breakfast hotel, mula mula sekali mesti i akan makan bubur. Biasa bertambah la.
Tapi dekat sini, buburnya memang serius tak sedap.
Dahla garnish tak cukup, yang penting sekali buburnya sejukkkkkk sangat.
Sikit pun tak panas. I is pantang dengan benda sejuk ni.
2 suap je kot i makan bubur ni pastu tolak tepi.
If makan dekat cameron dalam suhu sejuk pun bubur kemain panas, ada ke patut hidang guest bubur sejuk.
Ingat baby je ke makan bubur?huhuhu
Nasib baik orang belanja, sabor jelah.
Dah bubur tak boleh nak makan, i ambikla nasi lemak.
Hmmmm, pun tak memuaskan hati jugak.
Nasi sejuk, ikan bilis saiz gedabak, sambal biasa biasa je.
Timun pulak if kat rumah, i sendiri tak beli timun tua biji besar tu.
Blogger fillanie pun rumah dia makan timun jepun.
Ni makan hotel kot? Aduhaiiii.
Maapla kalau membazir tapi nasi lemak ni pun i makan 2,3 suap je.
Nasib baikla ada french toast dengan baked beans ni.
Mula mula i ambik 2 keping je french toast.
Tapi lepas tu masa nak ambik air nampak dia baru refill french toast panas berasap lagi.
So i ambik lagi sekeping. Alamak, yang panas ni makin sedap la pulak.
Sapu je butter terus cair.
apalagi i angkut la lagi, last last 7 keping french toast masuk perut.
Sapu dengan jem marmalade, blackcurrant n butter, nyumssss. Puas hati.
Nasib baik masa tu perut dah rasa penuh n kami kejar masa.huhu
Geng sekutu.
Geng lain kite tak campur ek.hehehe
Then, terus bergegas ke dewan.
Program siap dalam pukul 12 la kot lebih kurang.
I kena jaga kaunter pendaftaran pelajar baru.
So bila dah setel semua, cepat cepat keluar cari makan.
Tapi semua makanan macam dah kering je, so i is malas nak snap gambar.
Masa tu yang ada cuma mihun goreng, ayam goreng dengan fruits je.
Makan jelah apa yang ada.huhu
Gambar masa program tak dapat lagi dari OP.
So sampai sini jelah entri kali ni.
Tuan tanah dengan kasut baru.
I is sempoi je.
Seluar aladin, baju t muslimah, sling beg, done!
Pakai kasut baru ni tak tutup parut kat kaki.
Dah beli stokin tapi malas la pulak nak pakai.
I selambe je.
My new pair.
Disebabkan kasut lama dah macam nak rosak, so baik cari yang baru je.
Brand BATA je pun ni.
Tapi kasut memang best. Ringan, lembut n selesa.
Harga pun murah je rm55.90
Walaupun i biasa pakai saiz 6, tapi untuk design ni kena ambik saiz 5.
Maapler kulit berparut.
I is ada masalah kulit sensitif.
Sape kenal i tahu ler.
Nampaknya nak kena start pakai sarung kaki ni.
Alang alang nak tutup parut boleh jadi muslimah terus.hehehe
Eh, dari nak cite pasal hotel, tercerita pasal kasut pulak. :D
Okay, jumpa lagi ye...daaaa
Sor lg kkis tggal. Sakit rahang keh kecek byk etep kot. Ekekeke
ReplyDelete