muis's eiduladha 2014




Assalamualaikum.

Selamat hari raya aidiladha.
Aku cuti raya 2 hari je, esok dah mula kerja.
Nasib baik raya tahun ni jatuh hari ahad isnin, so dari jumaat lepas dah bercuti.
4 hari tak payah pergi kerja? Heaven!

Bangun pagi tadi, aku sedikit badmood.
Pembawakan dari yang malam tadila.
Badmood dengan suami.
Janji nak datang ambik, tapi dia sorang je jaga kedai, so lambat datang.
Aku ni dahla jenis morning person.
Petang dengan malam if tak kena gaya, mudah badmood.

Kalau dah malam aku still tak mandi, tak boleh tukar baju, tak boleh masuk tidur macam yang aku nak, memang aku akan badmood.
Dahla dari tengahari duduk rumah mak, dengan bebudak ramai, eei tension betul.
Tapi kesian jugak kat suami, so mintak kakak je hantarkan.
Sampai rumah terus mandi tukar baju n terus tidur.

Okay, berbalik cerita raya.
Walau badmood, raya tetap raya kan? Hehe
So lepas subuh aku terus siap siap kemas kat ruang tamu nak hidang makan.
Sapu sampah sambil dengar takbir raya.
Satu channel je kot pasang takbir raya.
Yang lain sibuk dengan rancangan ntah hapa hapa.
Dahla boleh dengar takbir 2x setahun je.
Sunat tu kot bertakbir pagi raya.

Raya haji ni aku just hidang mee kari je.
Kuah mee kari buat malam raya tu kat rumah mak.
Aku siapkan semua bahan n kakak ajar.
Kiranya kuah mee kari ni hasil air tgn kami bersamala.hehe
Nanti aku nak share resepi berdasarkan apa yang aku buat malam tu.


Ntah complete ke tak mee kari aku ni.
Tahun ni sembelih lembu mertua belakang rumah je.
So, sementara menunggu tu suami ajakla naik rumah.
2 bungkus mee je pun aku sedia, sebab memang tak bajet pun orang nak datang.
Sebelum ni sembelih kat padang depan rumah, so takde orang datang sangat.
Aku pun tak sempat makan mee kari, dah licin sekejap je.
Takpelah, tetamu tu kan pembawak rezeki.




Ada jugak cheese kek dengan cheese tart.
Licin jugak.
Maklumla, barang sedap cepat je laku.
Nasib baik ada kakak pandai baking.hehe



Ada jugak biskut raya baki dari raya puasa hari tu.
Elok lagi sebab aku simpan dalam bekas kedap udara.
Then aku letak jugak silicon gel so biskut ni memang tak berkulat pun.

Dalam pukul 12 lebih suami siap siang daging.
Dia suruh aku balik dulu rumah mak sebab if tunggu dia takut lagi lewat.
Nanti dia datang kendian dengan motor je.

So aku masuk bilik tukar pakai baju raya.
Kemas baju basahan sepasang then terus balik rumah mak.
Tapi tahun ni abang abang semua buat korban lembu pakcik.
Jadi singgahla rumah pakcik dulu.
Ada laksa. Nyums...faveret aku!
Baru je nak makan laksa, kak ipar dah angkat hidangan masuk dapur.
Lauk makan tengahari pun dah siap, so makan nasi jelah.


Hidangan biasa masa raya haji.
Singgang tulang.
Daging goreng kunyit.
Ada jugak perut ais asam.
Telur masin.
Acar timun.
Rebung n budu.
Tembikai.

Aku makan sikit je tak bertambah pun.
Tak berapa kena dengan selera.
Daging tawar tak rasa garam.
Acar pulak manis je takde rasa masam masin.
Tapi yang lain okay.
Yess, memang aku cerewet n suka komplen.hehe

Later balik rumah mak.
Rehat, sembang, tengok tv.
Malam ni tak tahu nak balik jelawat ke nak tidur rumah mak.
Anak anak buah semua dah takde.
Tinggal satu famili abang n adik je.
Abang pun anak dia yang besar sorang je.
Sorang lagi baby.
Shomel sesangat. Macam makciknya la.hehehe


Tak percaya?
Kan sama shomelnya tu.. :P



Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB