Syurga.
Assalamualaikum.
Aku paling pantang kalau dengar ada orang bila dah kawin, lupa mak ayah.
Sikit sikit syurga bawah tapak kaki suami.
Sikit sikit syurga bawah tapak kaki suami.
Yes betul bila kawin syurga kita bawah tapak kaki suami.
Tapi neraka kita pun nanti? Bukan suami jugak salah satu faktor penyebabnya?
Tak tahu ke buat buat tak tahu?
Kalau dengan suami, dengan famili suami semua boleh, semua sempat.
Tapi kalau dengan mak ayah sendiri?
Hmmm takpela mak ayah aku faham.
Takpela mak ayah aku takpe if aku tak kol, tak sempat balik.
Macam tu ke?
Ada jugak jenis suami yang kongkong isteri.
Tak bagi si isteri balik rumah mak ayah.
Tak sedar yang dia tu dapat isteri yang mak ayah mentuanya dah bela besar panjang.
Dah bagi pelajaran. Dah bergaji besar.
Dia ingat bila kawin isteri ni kena perhambakan diri pada dia je.
Syukur aku ada suami yang open minded.
Suami aku tak pernah sekali pun kongkong aku tak bagi balik rumah mak ayah.
Tak kirala raya ke hapa, asal aku cakap nak balik, mesti ok je.
If ada pun dia tak bagi balik, sebab dia taknak aku terluka.
Tapi if aku terluka sekalipun, aku tetap nak balik jumpa mak ayah.
Senyuman ayah setiap kali dia bukakan pintu bila aku balik?
Masha Allah tak boleh nak banding dengan apa apa kat dunia ni.
Masa tu aku tahu aku dah dapat pahala kerana gembirakan hati dia.
Yes, aku menaip entri ni dengan air mata bergenang.
Sebab aku rasa sangat sangat sakit hati dengan orang yang mudah lupakan mak ayah.
Dah senang sikit sampai lupa mak ayah yang susah?
Dah senang sikit sampai malu ke dengan mak ayah yang miskin?
Dapat tempat berteduh yang elok, sampai lupa rumah mak ayah yang buruk?
Aku dengan mak ayah kadang kadang memang ada yang tak kena.
Tapi setakat mana pun aku dan mak atau ayah tak sehaluan, rumah mak ayah tetap aku nak tuju setiap minggu.
Tak pernah sekali pun if cuti aku tak pergi rumah mak ayah.
Kecuali aku ada kerja lain atau tak ada kat rumah.
Tak senang hati aku kalau tak dapat jenguk walau sekejap.
Sekarang ni if hari cuti, suami bukak kedai awal.
So lepas lunch, metsi aku akan curi masa sekejap balik rumah mak ayah.
Sejam atau setengah jam pun jadila.
Lepas tu nak kena bergegas balik pulak.
Aku tak cakap aku orang baik.
Aku pun banyak dosa dengan mak ayah.
Tapi tak gamaknya aku nak belakangkan mak ayah demi orang lain yang belum tentu bersama aku sampai mati.
Biarla adil, supaya both mak ayah n famili belah suami takde yang terasa.
Sebab tu aku paling benci n geram kalau dengar ada orang yang sampai mak ayah kol tanya kenapa tak balik rumah.
Hebat sangat dah ke sampai mak ayah yang kena cari kita?
Suami ni sekelip mata sekali petik jari boleh benci kita, buang kita.
Sekali Allah bolak balikkan hati dia?
Takde dah syurga di bawah tapak kaki suami.
Tapi mak ayahnya kasihnya sampai ke syurga.
Redha Allah terletak pada redha mak ayah kita.
So biarla balance antara suami dan mak ayah.
Tak payahla nak mewar war kan kebahagian kita dan suami.
Dari Allah je semua tu.
Sebab tu pernah dengar orang cakap,
"Orang yang bahagia ni selalunya tak cakap pun orang dah tahu..tapi orang yang selalu dok tayang betapa bahagianya aku ni...hmmm, belum tentu bahagia kot."...
I dont care if ada yang terasa. Sape makan cili diala terasa pedas.
#iisemotoday
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D