Moody Saturday.


Assalamualaikum.

Minggu ni cuti 2 hari i is takde mood.
Rasanya sebab PMS.
Mood pun rasa tak berapa nk elok.
Rasa nak marah marah.
Rasa geram geram.
Rasa tak puas hati.

Pendek kata macam macam rasalah.

Semalam seharian hari jumaat kat rumah mak.
I tidur n makan je.
Petang baru suami datang ambik.
Mulanya dia janji nak ambik pagi, tapi petang baru sampai.
So, memang i jadi bad mood.

Bagi i senang je.
If janji buat.
Kalau tak boleh jangan janji.
Bagi suami dia fikir takpela dia datang lambat sebab i kat rumah mak ayah, bukan rumah orang lain.
Tapi jenis i ni sekali janji, buatla macam janji.
Senang kan?

I tak penyabar.
Tak suka menunggu nunggu.
So kalau suami lengah lengah memang i tak akan senang hati.
I memang kepala angin, but dont take me for a granted.
Selalu macam tu.

Sampai ke hari ni mood tak berapa molek.
Cuba dah baiki.
Sebabnya bila difikirkan kesian jugak kat suami kena hadap kepala angin i ni.
Tapi nak buat macamana.

Dahla 2 hari berturut sakit kepala, bengkak tonsil, badan pun rasa suhu tak berapa normal.
Tu pasal i makin moody.

Semalam kat rumah mak i tidur je.
Lepas subuh mak bawak nenek datang rumah.
So lepas breakfast nenek tertidur, i pun dok layan hindi baring sebelah dia, then dengan i tertidur sekali.

Nenek dia kecik n kurus je.
I tidur sekali dengan dia kat tilam single, share selimut.
Muat je pun.hehe
Best je tidur peluk peluk dengan dia.
Tertidur sampaila tengahari.
Sebelum jumaat famili abang datang.
Terasa lapar, i masak megi 2 bungkus.
Makan dengan anak sedara, kejut nenek makan sama.
Lepas tu baru i mandi.hehe

Bahagia je rasa macam tu.
Sebab selalunya if kat seneng, hari jumaat i memang letih dengan segala kerja rumah.
Lepas ni 2 minggu sekali bolehla buat mcam tu.
Hari khamis lepas balik kerja terus pegi rumah mak.
Rehat n tidur situ, hari jumaat baru suami datang ambik.

I terlalu stress dengan kerja n hidup, need a more times to relax n release tension.

Hari ni kat seneng, back to routine.
Walaupun cuaca sejuk, pukul 9 i dah bangun basuh baju, then terus mandi.
Kerja yang kena hantar esok ada sikit je lagi tak siap.
Sekarang i nak rilek je.
Suami keluar pergi program denggi, lepas tu pergi kebun.
Masak pun tak payah, nanti dia belikan makanan je.
Bagusla...im not in the mood pun nak masak.



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB