suamiku paling sweet
assalamualaikum.
dah lama rasanya aku tinggalkan novel.
tup tup ntah kenapa sekarang ni macam teringin nak baca novel balik.
ingat dulu aku dah letgo semua koleksi novel aku.
memang tak banyak tapi boleh kata semua best best.
karya penulis yang dah memang established.
walaupun aku minat membaca, tapi aku takdela beli membuta tuli je.
kebanyakan penulis baru ni, if tak glamer memang aku tak beli.
la ni ramai sangat la pulak jadi penulis novel.
kalau bab penulis baru ni bukannnya apa, kengkadang bukunya tak best pun, syok je lebih.
isi kosong, just cerita jiwang n ringan.
if remaja minatla kot.
aku ni dah nak masuk 31 tahun.
kalau terbaca novel tak matang, memang rasa menyampahhhhh je.
isu klise. Kahwin paksa, kahwin kontrak, kau benci aku sayang, aku benci kau sayang.
aduhaiiiiii, boring!
berbulan bulan lepas adalah akak bawak balik satu novel.
if dalam grup, penulis ni kira glamer la seposen.
buku first dia, tajuk eskperimen cinta.
asal ada orang letgo je, berebut nak beli.
novel kedua anjell, suamiku paling sweet.
pendapat ikhlas aku? cerita ni boleh tahanla.
aku bagi 5/10 je.
lebih seswai untuk remaja n anak dara je la kot.
sape suka jalan cerita yang lebih matang, novel ni baik tak payah baca, rugi masa.
ceritanya lebih kurang meh aku stori.
si heroin anak orang loaded, kerja jadi penjaga budak, anak sedara kepada si hero.
tup tup tertangkap basah n kena kawin.
heroin taknak kawin, hero okay je.
so heroin siap nak terajang si hero tu.
tapisi hero maintain cool.
last last kerana si hero yang terlalu sweet kengkononnya, si heroin pun mulala suka kat dia.
tambah la sikit sikit isu lain.
si hero ada pompuan lain suka yang wataknya selalunya jahat n laser n kejam.
si heroin ni dianiaya kawan dia sendiri.
hmmm. kalau aku beli rm35 novel ni, memang hidup hidup aku letgo balik. membazir.
sekian sahaja ulasan novel dari aku.
entri ni je mau 3 kali edit baru boleh publish.
i is busy....hokeyyyyyy!!!!
saya pun suka membaca tapi bukan lah spesis yang membaca novel. saya baca buku genre yang berbeza dr ini
ReplyDelete