9th Visit: Appointment Cancelled!
Assalam.
Entah kenapa 2, 3 rancangan yang aku tengok hari ni asik berkisar pasal pasangan susah dapat anak.
Adakah semuanya kebetulan atau aku yang terlebih sensitif?
Dahla sekarang aku tengah pms.
Saje je kan?
Paling frust bila 2 hari lepas sepatutnya aku jumpa dengan dr wan untuk dapatkan tarikh iui.
Tapi disebabkan aku tak dapat maklumat pasal ada perubahan masa appointment tu, kesudahannya appointment tunda minggu depan.
Dahla datang jauh jauh dengan parking sudah nak dapat lagi, tup tup datang sesenang je bagitau kena datang balik next week.
Nasib tak baik, sesia je nurse yang incharge tu jadi tempat aku lepas geram.
Alasan dia dah kol aku 2x, tapi aku tak angkat.
Hellowwwww, dah kol tak angkat nape x sms je?
Macamla semua org ni kerja mengadap hf 24jam.
Yang ralat tu ada ke dia kol dengan no peribadi.
Sepatutnya kol la dengan no klinik.
Aku pun tak perasan ada miskol dari no nurse tu.
Tapi if dapat miskol dari no ofis at least kita jadi cakna la sikit.
Sebelum ni pun nurse kol dengan no klinik, so memangla tak expect no maxis tu dari nurse hospital.
Sebab memang biasa appointment memang petang, first time ubah ke pagi.
Dah alang alang boleh kol tapi tak berjawab, apa salahnya mesej sepatah, masa appointment ubah.
Aku rasa taip mesej lagi cepat dari tunggu orang jawab kol.
Disebabkan geram sangat memang aku membebel marah dekat nurse tu.
Dia pun kemain lagi nak bela diri siap tunjuk lagi hf dia konon ada kol aku 2x.
Like i care.
If nurse Norizah yang incharge kes aku, memang kemain lagi formal dia mesej siap suruh kita balas ya atau tidak if kita dah alert dengan mesej tu.
Then, masa dia tanya ok ke tarikh minggu depan ke nak lewatkan lagi, memang rasa nak jerkah je dia kat situ.
Ko ingat aku datang klinik ni nak main main?
Orang sanggup menahan sakit, makan ubat sampai gemuk segala, ada ke nak bagi cadangan gitu.
Terima kasih banyak banyak,
Disebabkan geram sangat sangat, memang aku jawab.
Aku jawab, sukahatilah bila bila pun.
Then terus ambik kad klinik n blah.
Aku ni if baik, baikla.
Tapi kalau dah jadi macam ni, sesaja jelah.
Mintak maap la nak baik baik nak senyum nak bermanis mulut lagi.
Jangan harapla nak aku diam n terima je orang layan macam ni.
Aku ni kalau nak marah memangla tak reti nak control memek muka, nak control suara
Dia pun sedar memang salah dia.
Gabra la kot sampai tersilap tulis tarikh next appointment next week tahun 2012.
Aku nampak je dia tulis, tapi malas nak tegur. Lantak!
Nurse ni jugak dulu penah buat tvs kat aku n cakap aku ada cyst.
Padahal sebelum tu dah 2, 3 kali aku buat tvs, staff nurse cakap memang aku takde cyst ke apa dalam rahim.
Tetiba hari tu dia ganti staff nurse buat tvs, tetiba je claim 'eh awak ada cyst ni.'.
Terkejut badak la aku.
Pepandai je. Benda tak konfem terus nak announce.
Lepas tu baru cakap, eh silap silap. Eei geram je.
Menyampah je dengan manusia buat kerja macam ni.
Almaklumla kalau apa apa buat bukan ko yang dapat susah.
Disebabkan acuh x acuh buat kerja, menyusahkan orang.
Bazir masa, bazir tenaga.
Dah hampir setahun ni sejak start treatment, nilah kali pertama jadi macam ni.
Memang rasa geram sangat sangat.
Otw balik sambil drive terus wasap mengadu kat laki.
Dia macam biasalah suruh sabar.
Banyakla nak sabar.
Sakit hati punya pasal, singgah bata, beli sandal baru. Huh, puas hati aku!
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D