entri sebelum raya

assalam.

kesian kat blog aku ni.
dah lama tak disuap dengan entri entri baru.
maapla ye blog.
tuan kau sekarang ni sikit punya malas nak mengupdate.
hari kerja memangla tak sempat.
bila malam kat rumah pun dah malas, mengantuk, n sibuk dok layan tv.

sejak aku berblog, nilah ramadan pertama yang aku tak update blog di bulan puasa.
kalau tahun tahun sebelum ni sikit punya rajin dok update menu sahur n berbuka.
then menjelang raya sibuk dok update persiapan raya la pulak.
baju raya, makanan raya, duit raya, kuih raya.
harapnya di hari raya nanti rajinla aku nak snap gambar nak update blog.
rugi kot kalau tak update. kenangan tu wehhh.

in sha Allah lagi 5,6 hari nak raya.
kalau dipanjangkan umur.
persiapan raya tahun ni aku buat ala kadar je.
baju raya tempah 3, yang siap 2 je.
kasut n tudung raya guna je mana yang ada, jangan membazir. 
kuih raya beli lebih kurang tahun lepas je.
untuk menu pagi raya tempah satay n rebus nasi himpit jelah.
malas nak fikir menu lain.
laki aku bukan makan sangat pun. 

dikala ekonomi semakin gawat, dengan gst, dengan harga barang semua naik n mahal, elokla sangat ber ala kadar je.
yang penting lepas raya jangan kering kontang sudahla, kot tak naya je nanti.

bulan puasa tahun ni pun tak sama dengan tahun lepas.
aku memang takde selera langsung dengan menu pasar ramadan.
if singgah pun, cuma nak beli air n beli kebab atau roti john.
selalunya untuk berbuka aku buat 1 lauk, n lauk lain suami yang beli.
suami pun tak selera denga lauk bazar ramadan.
so dia selalu tapau lauk fresh dari kedai je.
pendek kata, bulan puasa ni aku banyak menu thai je.
tomyam, masak 3 rasa, telur bungkus, ikan masin, kerabu...
so bulan puasa tahun ni sedikit rileksla.
balik kerja cuma masak nasi jelah n boleh lepak sementara nak tunggu berbuka.

puasa tahun ni kebetulan start lepas aku habis period, so minggu terakhir ramadan ni pulak baru bercuti balik.
ralat jugak sebab quran pun baru sempat baca sampai juzuk ke 13 je.
ingatkan boleh pulun habiskan sampai akhir ramadan tapi nak buat cane dah namanya orang pompuan.
special Allah bagi di bulan ramadan.hehehe
alhamdulillah tahun ni jugak dari segi amal ibadat di bulan puasa, adala peningkatan dari tahun lepas.
lebih banyak baca quran n lebih banyak buat solat taubat n tahajud pagi pagi sementara menanti nak bersahur.
rasa lega la sikit. rasa lebih gembira n tenang.
kalau hari cuti memang pulun baca quran setiap waktu solat n usahakan jugak nak habiskan 2,3 juzuk sehari.
tapi hari cuti jelah. hari kerja nan hadola nak dapat peluang mengaji macam tu.
satu yang aku perasan bila mengaji ni, bila ada target, contohnya nak habiskan satu juzuk dalam 2 waktu solat, memang boleh je pun.
yang penting determination.
aku harap sangat selepas bulan puasa ni, atleast hari cuti aku istiqomah baca quran satu juzuk sehari.
in sha Allah.

bercakap pasal period pulak tup tup bulan ni period tersasar lewat 3 hari.
hah, mulala aku nak spekulasi macam macam.
kawan tempat sekerja pun sama je dok spekulasi jugak.
mengandung la apala.
memang takla berharap sangat tapi sedikit harapan tu adala kot.hihihi

dalam bulan puasa ni jugak, aku yang sebelum tu sihat walafiat, tetiba je demam, selsema n batuk.
cirit birit pun ada sikit.
then, minggu lepas 3,4 hari sakit perut sebab angin.
nyaris nyaris nak serender puasa.
aku rasa period tetiba lewat dari due pun sebab angin dalam badan ni jugak.
dok memulas mulas dalam perut.
almaklumla kita ni ada gastrik so memang tak pelikla pun.

nampaknya sampai raya la kot memang dah tak sempat nak berpuasa.
so untuk tahun ni tambah tolak 8 harila kot yang kena ganti sebelum puasa tahun hadapan.
plannya kali ni bila lepas raya terus nak ganti puasa atleast sehari seminggu, setiap khamis.
lepas tu bila puasa ganti dah setel, bolehla puasa sunat hari khamis pulak.
in sha Allah.
dengan niat aku ni harapnya Allah  dah bagi pahala, harapnya kalau berjaya buat nanti, berganda la pahala aku dapat nanti. Ameennn.

okla, stop sini dulu.
macam dan panjang je membebel kali ni. hehe
btw, tq for reading this.


Comments

  1. kita setakat ni puasa penuh lagi. tapi mcm rasa ada tanda2 nak P jea ni.
    harap dpt puasa penuh.tak yah la ganti puasa.

    ReplyDelete
  2. tak pe. keep on doa. mana tahu makbul doa ramadhan ni

    btw, selamat hari raya. Maaf zahir batin

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB