Game over!

Assalamualaikum.

Minggu ni entah kenapa rasa penattttt sangat.
Penat dengan laundry.
Penat dengan masak masak.
Penat dengan tetttt.hehe
Tapi yang paling penat, penat melayan game.
Semenjak 2 menjak ni entah kenapa aku macam ketagihan main game pulak.
Takdela main game glamer glamer.
Bukan aku pandai pun.hehe

Tapi bila layan game, selgi tak capai target macam yang aku nak, memang aku takkan berenti.
Dah seminggu ni aku asik tak boleh capai ranking no 1.
Tapi semalam gigih punya pasal, tup tup dapatla cecah markah 780k.
Elok je aku nak save point, tab tetiba hang.
Eeei rasa nak baling je tab ke dinding.
Bila hang, kena off, bila on balik memang takdela markah tu dalam scoreboard.huhu
Yang tak tahan tu siap mengadu kat laki tu.

Aku punya layan game sampai jadi pening2 lalat.
Menjelang malam, dah rasa berat n sakit kepala.
Selalunya if hari cuti n panas, memang aku akan sakit kepala.
Tapi semalam takdela panas pun.
Konfem sebab banyak jam sangat layan game.
Aku tak tahula orang lain main game cane.
Kalau cakap main game boleh release stress, tipu sangat.
Aku main game lagi stress.huhu

Pagi ni bangun je tidur terus cari tab. Kena cepat cas sebab nak main game lagi.haha.
Semalam pun masuk bilik nak tidur tapi sempatla round layan game. Stop pun sebab bateri dah takde.hiii.
Lepas tu pandai mengadu kat laki sakit kepala la, sakit lenganla. Lenguh sebab main game.hahaha

Sekarang lesson plan dah siap.
Masak lunch dah.
Makan brunch pun sudah.
Masa untuk gameeeee, yahuuuu.

Hari ni untuk brunch aku masak ayam goreng pedas, ikan rebus goreng, sayur kubis telur je.
Simple tapi sedap.

Suami n anak of kos la makan bertambah.
Aku je makan nasi sesenduk, tapi lauk kena banyakla.hehe
Gulai gulai ni tak payahla.
Setakat makan satu sudu kuah, buat penat menggulai je. Padahal aku tak reti.hahaha

Okayla, tu je nak update untuk hari ni.
Kejap lagi nak balik rumah mak.
Saya nak sambung main game jap ekkkk. Daaaa

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB