AGM at Hotel Perdana

Assalamualaikum.

Semalam tap first time buat annual meeting lepas 4 tahun beroperasi.
Mulanya puan bos cakap meeting buat kat bangunan ofis baru je.
Tup tup tukar ke hotel perdana. Wahhh, grand gittew.
So bila ada majlis rasmi macam biasala kena pakai baju korporat, kain hitam, tudung hitam, kasut hitam.
Cerita pasal kasut hitam aku dah story entri sebelum ni.
Sape tak baca lagi cepat baca! Hihihi.

Disebabkan meeting kali ni konon gempak buat kat hotel so semua staf kalut semacam.
Mana yang sebelum ni main bedal je skirt dengan kasut, terpaksalah cari yang baru.
Aku selamat sebab memang ada kain sarung hitam.
Mana yang sebelum ni pakai skirt kembang, puan bos tak approve, so harusla cari skirt potongan lurus je.
Tu belum kira yang takde kasut hitam.

Selain dari kasut, aku siap beli tudung bawal baru.
Tudung yang lama dah tak best, tak muncung.hehe
Dahla aku sekarang ni muka mengalahkan doraemon, pakai pulak tudung lembik, lagila kembang setaman muka aku ni.
Alah, tudung bawal kat pasar je, rm5 aku beli.
Ritu beli yang label sama tapi dalam kedai, rm10. Ciss, ambik untung banyak giler.


Aku n cikji. Takde gambar solo.
Masa ni kami bertiga sampai, semua orang takde.


Meeting buat kat dewan kijang 2.
Tingkat 2 kot kalau tak silap.
Masuk masuk je aku terus perasan background silap eja.
Annaul meeting.hehe
Lepas tu perasan perkataan education silap eja educatoin.
Memang jenis busybody, semua benda perasan, semua benda jadi penyibuk.kahkahkah.

Acctually meeting ni main agenda dia cuma nak sign kontrak untuk tahun depan je.
Lepas tu ada jugak sesi berkenalan staff lama n baru.
Yang best sekali sebab nak tahu next year naik gaji ke tak.hihihi

Alhamdulillah, tahun depan in sha Allah selain jadi teacher, aku jugak akan act as assistant principal.
So rutin untuk tahun depan, pagi sampai tengahari mengajar. Lepas tu kena duduk ofis dengan administration clerk.
In sha Allah tahun depan jugak, akula yang akan mengecheck segala lesson plan teacher, n hujung bulan report achievement students selama 10 bulan untuk 12 orang teacher.
Doakan aku supaya tak rabun mengadap pc tiap hari ye.huhuhu

Lepas siap meeting dalam 1230, mohla kita ke acara yang ditunggu tunggu iaitu acara makan makan.hehehe
Paginya memang brekfast makan ala kadar je. So menjelang tengahari tu memang perut dah krok krek krok krek dok berbunyi.

Untuk buffet lunch kitorang hotel sedia kat cerana cafe.
Sekali dengan kitorang ada jugak geng gov kot yang ambik buffet lunch kat situ.
Since aku sampai awal, orang lain beratur nak ambik makanan, aku pulak beratur first round nak snap gambar.hehehe












Lauk pauk n sayur.
Ops ada jugak telur masin. Faveret aku.
Siap ada budu tau. Kelate kan.hehehe






Desert berlambak lambak tapi aku nampak semua jenis kek n puding sepesen je.
Aku cuma ambik cream puff 3 ketul n kek seketul.










Segala jenis kerabu, jeruk jeruk.
Ada jugak keropok n papadom.
Lepas siap makan nasi baru nampak papadom. Faveret jugak ty. Ciss rugi rugi.
Konfem sedap if layan dengan lamb bamia tu.
Aduiii dan dan rasa lapar bila tengok gambar makanan ni semua.huhuhu


 Sepinggan nasi saya.
Nasi half plate je.
Lauk semua aku ambik tapi sikit sikit.
Oh yaa lepas tu repeat ikan stim tu.
Masam n pedas. Nyummmsss. Cuma ada a few yang undercooked gittew. Si emms, dia tak makan sebab geli katanya.hihihi
Overall semua lauk best.




Plate dessert share.




Wajibul ghunnah untuk hantu asam n jeruk macam aku ni. Tapi makan tak habis pun. Rasa macam ambik sikit dah.hehe

Oh ya, ada jugak tomyam.
Tapi tomyam ayam n letak brokoli yang giler giler overcooked. Cikji komplen. Aku ok je.hehe
Tomyam best cuma just ayam je, so boring. If seafood udang n sotong besar2 kan best.demand giler.


Tempat makan kami. Konon nak privacy ambik table dalam.
Kesudahannya nak letak plate pun tak muat.huhu.
Saje je i letak pic cikji, si emms n pn salmi. Bagi dorang glamur skit.
Padahal pic sendiri kat table, nauzubillah tak cun taknak tayang kat orang.kihkihkih.

Kesimpulannya, gaji naik n perut kenyang.
Im a happy person :P
Tq puan bos. Moga murah rezeki n selalu belanja kitorang makan hotel lagi.kahkahkah.
posted from Bloggeroid

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB