Tabung IVF

Assalamualaikum.

Memandangkan aku dah konfem dengan suami nak proceed ivf, so kena siap siapla nanti dengan kos untuk ivf ni.
Untuk ivf di hospital kerajaan, hari tu doktor wan cakap dalam 4, 5k, n takleh guna gl.
Tapi nanti boleh claim. Okla tu kan? Atleast kalau tak berjaya, takdela duit hangus macam tu je.
Duit claim nanti boleh simpan untuk next procedure.

Semalam aku pergi kedai RM2 nak beli barang untuk bbq jumaat ni, then nampakla tabung minion tapi kaler pink. Terus tangkap 1.


Tabung ivf tc is.kihkihkih

Dalam ni aku just isi note hijau dengan syiling je.
If sehari rm5, by the end of next year, dekat 2k dah boleh dapat.
Atleast boleh tampung belanja untuk ivf.
Aku ni selalu nak menabung tapi susah sangat.
If masuk tabung haji, kejap korek balik.hihi
Kita orang susah, duit selalu tak cukup. *cries*.

Tabung besi ni susah nak korek, hopefully bila dah betul betul penuh or after a year nanti, barula tebuk nak keluarkan duit.
Tapi sayangnya. Tabung ni kan comel.huhuhu

posted from Bloggeroid

Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM