Sakit gigi.


Assalam.

Weekend ni lagi sekali cuti sampai 3 hari.
Last week cuti on sunday sebab cuti sempena event tadika. Minggu ni labor day merangkap pay day jatuh hari ahad jugak.
Selalunya aku boring if cuti sampai 3 hari.
Rasa lemah je kat rumah. Balik balik buat aktiviti sama. Huhu

Hari ni dari pagi lebih basuh baju aku layan tv je.
Suami takde sebab ada sukan.
Dalam pukul 11 lebih aku terlelap. Sedar sedar dah pukul 3 petang.
Tup tup bila bangun tidur je rasa gigi sakit atas bawah. Berdenyut denyut.
Aku terus pergi mandi n gosok gigi.
Teringat sebelum tidur aku makan coklat 1 bar kecik. Sbb tu kot sakit gigi.

Lepas tu aku buat kopi n makan biskut sikit terus makan panadol 2 biji.
Ingatkan tahan la sakit rupanya makin lama makin sakit. Huhuhu
Dalam sebulan dah kot aku start rasa sakit gigi. Sakit ngilu bila kena ais bila berkumur bila gosok gigi.
Rasanya makin teruk la bi kot. Huhu
Nasib baik esok cuti lagi. Kot tak mau kena mc.
Malam ni entah klinik gigi bukak ke tak.
Mau tak tidur aku malam ni kalau macam ni punya sakit. Huhuhu

Jap tadi dah google petua nak hilangkan sakit gigi.
Berkumur dengan air garam. Aku dah buat pun.
Bancuh garam dengan air suam. Masin. Huhu
Tapi kat rumah ni internet lembab la pulak.
Nak tengok mana lagi petua yang aku boleh follow.

Sakit gigi ni salah aku jugak.
If dulu aku ni memang disiplin bab jaga gigi ni.
Setiap malam if tak gosok gigi memang aku tak boleh tidur.
Tapi lately aku jarang makan malam so masa mandi maghrib dah memang gosok gigi.
Tapi bila kadang kadang ada makan lepas gosok gg masa maghrib tu, aku jadi lupa nak gosok gg lagi sekali sebelum tidur.
Macam malam tadi aku ada makan lepas tu terus tertido.
Hari ni pun makan coklat lepas tu terus tertidur.
Tu pasal sekarang ni rasa sakit sangat sangat sangat.
Tadi mengadu kat laki sempatla menangis seposen. Huhu
Dia pun cuma boleh suruh aku telan ubat jelah dulu.
Nak buat apa lagi.

Lepas maghrib tadi aku telan lagi panadol 2 biji.
Lepas tu buat lagi 1 petua.
Rendam uncang teh dalamair panas lepas tu letak je kat tempat gigi yang sakit.
Nasib baik lepas tu berdenyut tu dah rasa kurang sikit.
Taktaula sebab ubat or sebab teh pahit tu.
Otw blk rumah mak jap td aku singgah klinik.
Doktor tapi tapi kerani dia tu bagitau suruh ambik antibiotik n ubat tahan sakit dulu.
Bila dah habis antibiotik baru boleh datang jumpa doktor.

Lagi 3 hari nak tunggu hari selasa.
Kalau doktor nak cabut ke apa nanti lantakla.
Tak kuasa tiap masa nak menahan sakit.
Makan nak minum nak berkumur ambik air sembahyang. Semua sakit.

Mak, kalau aku mengada sakit sokmo cakap aku ni budak banyak penyakit. Huhuhu
Bukan kita mintak nak sakit sakit ni.
Kan sakit tu penghapus dosa.huhu. Elokla kan sakit sokmo? Kurang dosa aku.
Kalau sakit gini boleh la mengada ngada sikit.
Sehari hari ni aku tak makan apa. Memalam buta ni bolehla request mak suh buat mee berkuah.
Lepas makan aku telan antibiotik dengan ponstan 2 biji.
Nasib baik ada kakak ipar nurse yang boleh aku tanya pasal ubat ubat ni semua.
Semoga aku dapat tidur malam ni. Setakat ni sama je rasa sakit tu takde berkurang lagi.
If esok still macam ni nampak gaya kena pegi klinik lagila esok pagi.












Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB