Mari Mengaji

Salam. 

Lagi 12 hari nak masuk bulan ramadhan. 
Cepat sungguh masa berlalu. 
Rasa macam baru je sambut raya pakai baju pink tahun lepas.
Rasa macam baru je habis ramadan tapi cuma sempat baca quran 13 juzuk je.huhu

Selain dari angan angan wajib setiap ramadan iaitu nak lost weight, tahun ni jugak aku berazam nak habiskan 30 juzuk sebulan ramadan. 
Niat yang ni in sha Allah mampu lagi dilaksanakan. 
Tapi bab semayang terawikh aku tak berani nak jamin. 
Bukan malas tapi aku ni jenis mudah mengantuk awal malam. 
Kalau hari biasa pun aku selalu mengantuk dalam pukul 8,9 inikan pulak bulan puasa. 
Lepas isyak konfem baring n tertidur. 

Syukur alhamdulillah akhirnya aku sempat habis mengaji sampai 30 juzuk bersambung dari juzuk 13 ramadan tahun lepas. 
Mula tu risaula jugak kot tak sempat habis sebelum ramadan next week tapi aku pulun baca banyak banyak je time kat rumah. 
Tu pun sambung baca lepas solat zohor kat ofis jugak. 
Memang aku dah standby satu alquran kat tempat solat tadika. 
Alhamdulillah malam ni tamat sampai juzuk 30. Happy pulak rasa.kihkihkih

So sementara nak mula juzuk 1 bulan ramadan ni bolehla aku baca ulang ulang surah yasin, surah almulk, surah alwaqiah. 
Bila sekarang ni aku komited dalam mengaji tiap tiap hari baru aku perasan rupanya perbezaan setiap juzuk adalah sebanyak 10 helai, bersamaan 20 muka. 
Tak kira sama ada quran tu saiz besar atau kecil sama je bilangan dia. 
Konfem sebab aku dah check both sizes. 
Dulu aku ingat if quran tu saiz besar mestila lagi banyak helaian sebab tulisan besar besar. Hehe. 


Dalam koleksi aku cuma ada 2 quran saiz sederhana n 1 saiz kecil yang ada tafsir. 
So tahun lepas dalam bulan puasa la kot, aku mintak quran besar dari mak.
Rasanya quran ni tak beli pun tapi ayah dapat sedekah bila pergi mengaji kenduri 40 hari. 

Tapi aku pernahla jugak 2x beli quran n buat sebagai hadiah perkahwinan.
Dengan harapan bila orang yang dapat tu mengaji, dapatla sikit pahala tu kat aku. 
Tapi bila serah hadiah kena pesanla sikit kat tuan rumah kena letak atas atas sikit kot tak nanti ditindah tindih dengan hadiah lain. 
Yang surprisenya bila aku masuk kedai buku n cari quran untuk hadiah, quran saiz besar n ada lipatan hard cover untuk penanda, quran tu cuma berharga rm9.90 je. 
Tersangatla murah bagi aku. 
If compare dengan novel, mahal novel lagi tu. 
Tapi walaupun murah, in sha Allah kandungan dia tu if kita amalkan boleh tolong kita dunia akhirat. Amin. 

Bagi akulah, dalam hidup zaman moden ni, susah kot kita nak komited dengan alquran. Banyak terlalai dengan gajet. Banyak lalai dengan urusan dunia.
Tak kata orang lain. Aku sendiri pun, kadang kadang seminggu sekali tak belek quran pun. 
Tapi kalau kita tekad in sha Allah kita boleh je pun. 

Yang aku perasan kalau aku ada target nak baca sehari nak habiskan 1 juzuk, boleh je pun aku capai target. 
Mungkin aku ni ada penyakit geram kot. 
Makin banyak baca makin nak habiskan satu juzuk tu cepat cepat. 
Kadang kadang rasa rugi kalau baca sikit. 
Selalunya aku baca n belek belek banyak mana lagi yang nak baca sebelum habis 1 juzuk. 
Makin sikit nak habis makin rasa nak habiskan cepat cepat.
Selalunya aku boleh habiskan baca quran sejam non stop. 
Tapi air masak kena standby la kat tepi. Kering tekak nanti. Hehehe

Dah alang alang tu kat sini aku tepek gambar aku masa khatam Alquran


Gambar aku masa khatam quran umur 22 tahun. 10 tahun yang lepas. Elok lagi tersimpan gambar dalam album.
Guna kamera kodak 36 filem je ni. 
Awat hitam sangat muka aku ni.teknik pencahayaan tak kenalah ni.
Buruk bebenor ghupenya.huhu
bergambar dengan kakak Farisha dulu pakai skirt pendek, sekarang dah sekolah agama pun. 


Masa ni kebetulan ada kenduri abang kawin. 
So mak cakap sementara tok guru mengaji aku tu masih hidup buat khatam quran terus jelah. 
Masa ni buat sekali khatam quran sekali dengan abang yang sulung. 
Majlis pun simple je. 
Ayah cuma jemput orang masjid n tok guru mengaji aku tu. 
Pastu aku n abang mengadap dorang jelah. 
Follow dorang baca surah lazim. 
Yang kelakarnya aku ni memangla suara jenis suara loud speaker pecah. 
Yang abang pulak pendiam n suara slow je. 
Aku ingat lagi suara aku je paling kuat masa dok mengaji tu. 
Tup tup tersalah baca. Terus aku macam eh, silap la pulak.hihihi
Tulah perangai over konfiden sangat. 

Masa ni akak buat ayam golek n mak buat pulut. 
Masuk je dalam gelas pastu cucuk bunga telur. 
Petang sikit mak ajak aku pergi hantar ayam golek dengan pulut kuning kat runah tok guru mengaji ni. 
Aku lupa dah nama dia. Tapi dulu asal balik sekolah je berlumba pergi balasoh(surau kecik) cop giliran mengaji. 
Paling stress kalau dapat turn hujung hujung. Masa tu semua orang dah balik kita je tinggal sorang nak mengaji. 
Masa ni pun ex pakwe ada mengaji sekali. Maklumla sekampung. Ehemmmm. 
Tapi apakan daya takde jodoh. Kihkihkih. Kalau ada jodoh boleh khatam quran sekali.wakaka
Tapi ok jugak tak jadi kawin dengan aku, kot tak kesian sampai sekarang takde anak lagi ;p

Ok muis. Stop imbas kembali ye. Kihkihkih
Alhamdulillah Allah kurniakan aku ni hati yang terang n mudah mengaji. 
Masa tu memang mak selalu pesan kena habiskan quran sebelum masuk tingkatan 1. 
Sebabnya kalau dah masuk asrama konfem susah nak habiskan quran. 
Quran ni pulak kalau kita tak selalu baca, lama lama jadi tak lancar jugak. 
Pendek kata skill tu hilang. 
Aku selalu perasan if lama tak mengaji, mesti lepas tu tersekat sekat dalam bacaan.

Sekarang ni pun kat astro 106 ada rancangan tajwid atau talaqqi yang ajar kita mengaji.
Aku suka talaqqi sebab kita boleh kenal n dengar dulu bunyi bacaan yang betul. Pastu boleh ulang semula ayat tu. 
Kalau ada masa lapang hari cuti aku layanla jugak. 
Sambil ingatkan balik tajwid n tengok mana yang kita salah bacaan ke hapa. 
Jenis aku ni if aku agak bagus dalam sesetengah hal, aku selalu cari jalan atau belajar lagi cara nak mantapkan. 
Contohnya english aku boleh tahan la ok jugak.
Tapi aku tahu aku agak lemah di grammar.
So tiap kali layan movie, aku selalu perhatikan subtitle English tu dengan teliti. 
Nak belajar cara susun ayat biar betul, nak asah grammar biar betul, dan jugak belajar cara sebutan tu biar betul. 
Sampai dah jadi tabiat kalau dengar je orang salah sebut perkataan english aku mesti betulkan. 
Bukan nak berlagak cuma dah jadi tabiat. Otomatik terkeluar. Hehe

Panjangla pulak muis membebel kali ni. Hehe
Sempena bulan ramadan yang akan datang ni meh kita sama sama jadikan quran sahabat kita siang malam ek. 
Gajet gajet tu tolak tepi. 
Mana tahu ni ramadan terakhir? 
Sape tahu kan????

Ok tu je nak bebel. Babaiiiiiii

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB