Weekends!


Salam.

Minggu ni dah start cuti sekolah so maknanya musim kenduri pun dah mulalah.
Semalam dah ada kenduri sepupu suami.
Hari ni ada lagi 2 kenduri belah suami yang nak kena attend.
So bila ada kenduri maksudnya aku tak payah masakla. Yahuuuu.

Alhamdulillah jugak minggu ni cuaca mendung n tak panas sangat.
Petang semalam elok je balik kenduri dalam sejam lepas tu hujan turun selebat lebat alam.
So aku terus tutup pintu, tutup lampu, pakai sweater n layan movie je.
Sempat la tertidur 1 round.
Tingkap bukak so angin sejuk dengan kipas lagi konfem tertidurla.
Mak mentua cakap suruh off kn tv tapi aku kan keras kepala. Hehe
Bagi aku if guruh n hujan ok je. Kalau kilat n petir baru aku terpaksa tutup tv.
Tersedar dari tido perut dah lapar balik.
Aku nampak jiran sebelah datang beli megi kedai runcit kakak ipar so aku pun masak megi la jugak. Hehe
Nape ek kalau hujan best sangat dapat makan megi kan? Huhu
Untuk makan malam aku suruh suami belikan roti je cicah dengan gulai kambing.

Kebetulan semalam seharian aku sakit kepala.
Dah telan panadol 2 biji pun x jalan.
Bangun pagi tadi baru hilang sakit kepala. Huhu
Nasib baik hari ni dah start panas. So boleh jemur koleksi tuala dengan baju suami.
Tuala semalam dah basuh 12 helai tapi tak jenur dah hujan lebat.
Aku pun pelik kenapa towel banyak sangat padahal aku berdua je dengan suami.
Tapi kitorang ni memang jenis sekali pakai 2,3 helai sorang.
If aku 1 untuk badan satu untuk kepala. Spare lagi 1 incase ada yang lembab.
Ada lagi 2 bakul baju aku pulak yang nak kena basuh.
Sempatla kot basuh malam ni n jemur pagi esok.

Tadi dah siap kemas sikit sikit barang dalam kotak.
Mana yang taknak buang je.
Alatulis berlambak lambak dengan barang kain aku simpan elok elok dalam kotak
Ingat nak operasi kemas barang dalam bilik suami metangkap bilik simpan kotak kotak segala harta benda aku. Tapi malas la pulak.
If kemas, sehari tak cukup kot.
Aku pun tak tahula apa barang yang aku simpan sampai 7,8 kotak dalam bilik tu.
Barang dari zaman u sampaila dah kerja.
Barang dari masa bujang sampaila dah kawin ni.
Nak buang sayang. Simpan kan menyemak je. Huhu

Esok aku cuti lagi sehari sebab ayah ada appointment di husm.
Nenek pulak appointment di kota bharu.
Ayah takpe dia dah biasa kat husm. So lepas drop ayah akulah kena bawak nenek ke kb pulak.
Lagipun kalau aku free mak mesti nak suruh aku yang bawak.
Malas nak menyusahkan orang lain.

Alhamdulillah jugak khamis lepas dah dapat kereta baru.
Kalau viva dulu aku panggil redviva.
Yang ni tak tau nak letak nama apa.
Si putih kot. Kihkihkih
Dah macam nama anak kucingla pulak.
Ok jugak tu mandangkan laki aku ni peminat kucing.
Hopefully dengan adanya anak baru ni bolehla memudahkan aku n memudahkan orang lain jugak.
Biar sama sama dapat manfaat.

Patut hari khamis ritu kol mak n suruh ayah buat air semayang hajat.
Kan elok sebab malam jumaat.
Tapi bila kol mak asik masuk voicemail.
Dahla hf aku sekarang ni asik buat hal.
Rasa nak campak dalam tong sampah je.
Menyakitkan hati betul.
Dulu masa guna tab takdelah masalah bateri kong takde masalah cable xleh cas.
Macam macam. Kerjanya nak mengabihkan duit aku je. Huhu

Laki ni cakap tengahari ni nak g makan kenduri.
Tapi masa ni dia membuta lagi.
Aku ni dah kelaparan balik. Padahal tadi dah ngap sandwich 2 keping.

Lately asik lapar je.
Aku siap mimpi lagi berat aku dah cecah 70kg. Gilos.
Tengok kakak dok update dah lost 5kg la apala. Huhu
I is jeles.
Tapi aku tak reti nak diet. Huhu
Ritu aku kurangkan makan malam adala jugak turun 1kg. Tapi rasanya dah naik balik ni.
Hopefully bulan puasa ni turunla berat 2,3 kg.
Selalunya bulan puasa aku x berapa lalu sahur n berbuka makan sikit je sebab aku ni jenis mudah kenyang. So bolehla lost weight sikit kot.

Okla penat dah tangan menaip dengan iphone keypad kecik ni.
Sangat sangat tak praktikal nak update blog  if nak compare dengan tab. Huhu






Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB