Batuk & Tonsil
assalam.
weekend minggu ni sangat sangatla tak seronok.
takde angin takde ribut tetiba tonsil bengkak pastu pakej sekali dengan batuk berkahak.
puas aku dok fikir apa yang aku makan sampaikan tonsil bengkak.
mungkin sebab aiskrim kot.
tak pun sebab keropok keping.
aihhhh tak tahula.
mungkin ni jugak balasan tuhan sebabnya last week aku pernah terdetik dalam hati..
sekarang ni orang asik dok demam batuk, aku sihat je.
mungkin ada riak kat situ. terus tuhan balas.
padan muka ko muis.
balik kerja hari khamis tu aku dah rasa tak best dah.
batuk pun baru acah acah rasa geli tekak je.
tapi bila malamnya masa tidur, memang aku rasa sejuk lain macam sangat.
sampaikan aku pakai 3 lapis kain selimut.
memang rasa badan menggigil gigil.
bangun pagi jumaat aku terus mandi. rasa sehatla sikit.
petangnya masa aku balik rumah mak kejap baru perasan tekak rasa sakit belah kiri.
bila check dekat cermin, memang dah bengkak tonsil belah kiri.
malamnya bila tidur memang terasa dah tekak makin sakit.
tidur pun asik tersedar je.
hari sabtu memang aku dah konfem yang aku ni sakit.
dahla sakit tekak nak menelan, tambah lagi dekat batuk.
tiap kali batuk keluar kahak aku akan termuntah.
sampai satu tahap berpeluh peluh pastu siap terkenc sikit kat panties.
masa tu aku masuk bilik terus menangis nangis.
dengan tak bukak baju terus mandi dekat shower.
aku ni memang, kalau sakit mudah sangat menangis.
especially kalau muntah. sebab badan jadi penat.
bila batuk n muntah tekak makinla perit n sakit kan?
tiap kali nak menelan, rasa macam ada batu tersekat kat tekak.
sebab tu tiap kali bengkak tonsil, baik terus operate je.
tapi bila operate, mau 2,3 minggu jugak sakit. sama jugak.huhu
disebabkan sakit tekak, aku nak makan pun memang takde selera.
hari sabtu tengahari, suami beli nasi kukus. separuh je aku makan.
malamnya lapar tapi tak makan.
suami beli megi cup perasa ayam, pun aku tak makan.
hari ahad memang aku mc.
suruh suami hantar balik rumah mak.
aku beli kuih akok 4 ketul, makan yang tu jelah.
malam tadi memang rasa lapar tahap kebulur dah.
pergi beli nasi air lewat sangat, masa sampai kedai dah nak tutup.
menangis nangis aku dalam kereta otw balik.
sebab mulut terasa nak makan nasi air je. taknak benda lain.
then, kirim kat suami suruh beli roti gardenia milk cranberry ataupun chocolate raisin tu, tapi dia belikan roti gardenia yang putih biasa tu.
menangis nangis lagi aku taknak makan roti tu.
suami nampak macam dah angin je pun dengan aku ni, tapi lepas aku solat isyak, aku keluar bilik tengok dia takde rupanya pergi tukar roti macam yang aku nak.hehehe
tapi makannya 2 keping je pun. tak sedap.
hari ni sebenarnya nak mc lagi.
badan memang rasa letih sangat sangat.
tapi disebabkan kawan seofis cakap nak half day so aku mintak mc sehari jelah.
hari ni pun batuk still ada n muntah muntah lagi.
nak makan tak selera.
petang ni memang kena singgah beli nasi air jugak.
aku ni dahla ada gastrik.
sakit yang ada ni belum ok, jangan nak menambah sakit yang lain pulak.
selalunya if tak sehat, makan megi jelah selera sikit.
tapi megi pun aku taknak. beli roti aku gigit sikit lepas tu aku buang.
buat megi cup aku makan 2,3 sudu, aku biar je kembang dalam bekas tu.
memang tak selera sangat nak makan.
YA Allah, berilah kesembuhan pada aku. dahla minggu depan plan for IUI. sungguh aku takde mood kalau still macam ni. huhu
Semoga cepat sehat ye kak :)
ReplyDeleteKak tk reply emel mek lg --'