Busy Bee..
salam...
macam lamaaaa je tak update blog.
patutla aku stress je.
btw, aku menulis blog untuk diri sendiri je.
mana mana yang baca tu, terima kasih jelah.hehe
minggu ni pun sebenarnya busy la seposen.
ada praktikum kursus permata. nak kena siapkan kerja kursus PERMATA jugak.
nak ditambah lagi, nenek pulak sakit tetiba warded.
so bila nenek sakit, mak jaga aku pulak kena berulang alik rumah teman ayah.
3 hari dari hari jumaat ni memang agak busy.
jumaat lepas dari petang sampai ke maghrib kena stay di tadika prepare untuk parent's meet.
then, hari sabtu parent's meet dan ada meeting pasal ihtifal.
yang tu dah makan masa pagi ke petang.
then mak inform nenek warded.
petangnya aku nak kena packing barang nak hantar kat abng di melaka.
menunggu dekat stesen bas dah malam. then ayah pulak ajak melawat orang sakit.
malamnya balik sampai rumah aku mandi, tengok tv kejap terus tertidur.
laki sendiri pun tak sempat jumpa hari sabtu.huhu
stress sampai tahap aku kol mak membebel bebel pastu nangis.
kalau aku nangis, penat sangatla tu. jadi geram. tapi nak buat cane.
semalam kerja half day je. sempatla siapkan bahan untuk praktikum hari ni.sempat siapkan kerja kursus sikit. menaip mana bahan yang ada.
then aku follow kakak ke hospital nak tengok nenek.
bila kakak share gambar ni kat grup wasap, kakak yg kat KL cakap nape hepi sangat orang melawat tu.huhuhu
tapi bila dah ikut orang ni, banyakla pulak pitstopnya.huhu
otw balik tu walau dah lewat, kakak nak singgah makan pulak dekat GOMO restoren.
nak pekena sup perut katanya.
untuk ayah, aku tapau mc chicken je drivethru McD.
kesimpulannya, malam tadi sampai rumah dah pukul 8.
dekat pukul 10 dah nak terlelap mak pulak kol dari hospital bagitau nenek lelah, sesak nafas.
berkejar pulak ke hospital.
tak drive sendiri pun, tumpang family makcik je.
sampai rumah malam tadi dah pukul 1, memang terus masuk tidur je. ayah pun sama.
nasib baik tengah bercuti solat, so bangunla lewat sikit.
hari ni pun kepala sakit lagi.
pendek kata minggu ni, memang bikin jiwa aku kacau.
tak rilek n tenang macam hari hari biasa.huhu
bertabahla muis.
tak sabar nak tunggu sabtu ahad. cuti keputeraan sultan.
jumaat tu petang ada program jugak majlis penutup kursus PERMATA.
nasib baik buat kat hotel perdana. kalau tak takde mood jugak nak join.hihi
btw, beli baju ni kat zawara. saiz M. ada sale rm50 je.
sebabnya majlis penutup tema hitam pink.
tapi seperti yang dijangka, saiz M bukan kawan aku sekarang.huhu
walaupun boleh zip tapi ketatnya macam dibalut nangka.
nasib baik kawan ramai badan sekeping, so selalunya dress aku tak muat, jual jelah balik.
harga inc postage rm58, aku jual rm60. ok la tu kan?hihi
cantik sgt dress ni, flowy ala princess gittew.
masa dok try pun, terus ada yang cop.
macam tau tau je aku tak muat.huhuhu
bertabahla muis. masa untuk aku pakai baju siap dah berlalu.
baju tempah je boleh muat nak cover perut buncit.huhu
so, untuk jumaat nanti, pakai jelah abaya buruk kau tu ye muis.*nangispelukbajutakmuat*...
kak muis, mek mcm kenal kakak awk tu kat dlm gmbr. adakah dia wife kepada en rozaidi ab majid?
ReplyDelete