Rutin hujung bulan

Assalamualaikum.

Rasa macam baruuuuu je kerja sabtu minggu lepas.
Tapi minggu ni dah jumaat. Esok sabtu hari bekerja lagi...
Ottoke? Ottoke? 😭

Hujung bulan ni tak tahula silapnya kat mana.huhu
Tapi sesi mengecheck report bulan ni aku rasa kali pertama yang buat aku rasa stress sgt sangat sangat.
Hari ahad sempat check 3 kelas. 2 kelas ada penbetulan n kena repeat check.
Isnin kena pergi tunjung. Check 2 kelas. Both ada mistake and kena check balik.
Selasa sempat 1 kelas. Sebabnya bos ada. Sambil aku chek report, bos buat spotcheck lesson plan, sambil berbincang, bos meluah apa yang dia tak puas hati, aku mereport masalah masalah di tadika, discuss tentang student bermasalah n mengumpat sikit sikit.kahkahkah
Kesimpulannya, one whole day tu satu kelas je aku sempat check n terus buat pembetulan.

Hari rabu 6 kelas sempat check dari pagi ke petang.
Ada yang kali pertama check, buat pembetulan sikit and boleh proceed untuk printing.
Hari khamis. Total 8 kelas aku check.
Ada yang sekali check. Ada yang dua kali check.
Ada yang sampai 3 kali check baru ok. Hopefully.
Then esok tengokla cane bila bos double check.
Harap harap takde big mistake.
Bila bekerja dengan bos yang teliti ni aka agak cerewet(hihihi) memang buat kerja kena tiptop.
Kalau tak, sesaja jelah kena tadah telinga.huhu

Minggu ni memang semua tenaga rasanya aku guna.
Balik kerja semalam memang rasa sakit otot lengan belah kanan.
Dah 2, 3 minggu kot rasa lenguh n sakit agaknya sebab tiap minggu dok sental baju sekolah n baju kerja suami by hand.
Tapi sekarang ni makin worse la kot.
Cramp jari lengan dok pegang mouse komputer pagi sampai ke petang.
Sakit pinggang jangan cakapla. Huhuhu

Hari rabu lagi kelakar. Suami datang ambik tapi dia suruh aku drive. Masa sejam dok menunggu aku tu, dia tertidur aaknya dalam kete, so mengantuk.
Masuk je kereta aku termenung tak start enjin.
Laki tanya kenapa?
Sepatah je aku jawab. Letih.
Dia diam. Boleh bawak kete taj dia tnya.
Ok boleh. Aku jawab.
Masa tu dah bergenang air mata pun.

Kalau sape tak kenal, haa gitulah aku.
Kalau penat sangat memang aku suka nangis.
Dia pernah sekali masa minggu yang buat kenduri arwah nenek meninggal. Non stop 8 malam mak buat tahlil.
Balik kerja terus singgah rumah mak sampai pukul 10, 11 baru balik rumah. So memang badan letih gila.
Bila aku iya iya nangis suami tanya kenapa...."sayang letih.." sambil menangis macam orang gila.hahaha

Tapi biasalah dah namanya kerja.
Bukan aku merungut. Cuma nak cerita je. 😄

Harapnya untuk report next month dan seterusnya teacher dah boleh find out mana mistakes yang dorang buat pastu jangan ulang lagi lah yer..
Kalau ulang lagi sesaja jelah terima perlian aku.kihkihkih

Comments

  1. kesiannya dia.
    macam tu lah kan kalau kerja.
    akak bila dah kerja sendiri pun kengkadang macam nak nangis.
    ada waktu suka. mmg happy.
    bila waktu yg tak best tu merudum gak lah.

    ReplyDelete
  2. akak rasa akak dah comment. tapi kenapa comment tak ada kat sini ek?

    ReplyDelete
  3. suka nangis jugak...tp kalau time keja yg stress dan rasa macam sukar nak cari jalan penyelesaian

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB