Ramadan 2017: Day 3/4
Assalamualaikum..
hari ke 3 bersahur dengan lauk lebihan buka puasa. gulai daging. lala pedas. cukupla tu. nak alas perut je kan.
aku bangun pukul 4suku. masak nasi pasu sambung tidur tidur ayam sampai pukul 5.
pukul 5 kejut suami makan sahur.
lepas tu dah tak tidur sampaila pergi kerja.
sejak puasa ni otw balik kerja memang mata ni macam ditampal gam. berat je rasa.
dahla aku ni jenis sekali terjaga susah nak tertidur balik. so rasa tidur macam tak berapa cukup je.
tapi takpe..weekend nanti kita ganti je balik.hehe
untuk berbuka pulak, misi 1 hari 1 lauk masih diteruskan.
suruh suami pilih 3 lauk. paprik campur, daging black pepper dan ayam kam heong.
suami cakap nak daging.
so balik kerja terus masuk dapur siang n perap daging, kupas bawang semua.
pukul 6 dah tercongok depan tv, nak tengok ulangan My Kitchen Rules episod minggu lepas.
dalam 6.30 baru masuk dapur untuk masak nasi n potong bawang. masa iklan je pun.
plannya nak start masak pukul 7.hehe
tapi dalam 6.45 suami dah balik dari bazar. dengar je bunyi motor berlari aku masuk dapur.huhu
kalau masa ni aku dok tercongok depan tv lagi, memang kenala aku dengan laki.kahkahkah
misi 1 lauk hari ketiga. daging black pepper.
muis specialty.kihkihkih
orang yang pernah try takde yang tak cakap sedap.
makan dengan nasi pun sedap. ratah macam tu je pun sedap okay.
gulai ketam air tangan kakak ipar.
walaupun aku alergik, aku makan jugak seketoi.
kalau tak makan rugi.
kakak ipar saya masak memangggg sedap.
bukan setakat suami, aku pun suka.hehehe
suami tapau sambal ikan bilis.
apala punya taste macam ni. aku tengok pun tak menyelerakan langsung.
dahla guna ikan bilis besar.
suami setakat makan 2,3 sudu...membazir x5.
jadilah rezeki itik ayam je.
selain tu, ada jugak suami belikan roti john dengan kuih onde onde.
roti john memang aku nak makan, tapi onde onde pun sama membazir je beli.
anak cakap tak sedap so dia tak makan. membazir lagi..x6.
suami pun sama jugak membazir bab air.
kelmarin aku dah buang setengah jag jus tembikai.
semalam ada misi nak buat air jagung cincau+aiskrim la pulak.
gigih dia beli kordial jagung, aiskrim dengan cincau.
dahaga sangat la konon tu. satu jag kecik tu untuk dia sorang.
tapi tak sampai separuh pun dia minum.
last last sedut air laicikang aku jugak.huhuhu
dia cakap muak.
cane tak muak dah air tu bersusu, ada semangkuk dia letak pulak aiskrim kat atas tu.
ya Allah, memang perangai mengalahkan macam budak budak.
bertabah jelah nak tunggu puasa habis sebulan.
hari ke 4. bersahur dengan baki gulai ketam dan daging black pepper.
untuk berbuka suami beli gulai dalca.
1 lauk hari ni aku just goreng ayam kunyit je. gambar takde sebab goreng dekat masa nak berbuka.
lepas tu aku panaskan balik baki lauk lala goreng dan gulai daging yang berbuka hari ahad,
elok lagi tersimpan dalam peti ais, so jangan membazir.
lauk lauk yang lain dah lupa dah.hehe
yang penting matlamat aku jangan membazir berjaya.
good job muis...
makan berdua pun masih berlebih2 lagi ye..
ReplyDeleteakak siap tarbiyah hubby jgn beli bebanyak,
tak sanggup nak buang food ke tong sampah.
akak ayam itik tak de. heeee...
dah komen tadi kok tak keluar ek?
ReplyDelete