Ramadan 2017- Day 5/6



Assalamualikum.


5 RAMADAN, RABU. 

bersahur pagi tu, aku buat sotong goreng kunyit je.
1 lauk cukup. gambar takde.
untuk berbuka macam biasa misi 1 hari 1 lauk diteruskan.



aku masak daging goreng serai.
terlebih bumbu so basah la daging saya.
daging empuk cuma tak garing.
banyak ni makan berdua pun tak habis.



mintak suami belikan lawar. rasa boleh tahan tapi kacangnya banyak sangat.
aku dahla tak suka kacang panjang. banyak ni 2x makan habisla separuh.
bakinya aku buang je. bila simpan dalam peti ais dia jadi makin kering so tak sedap.
membazir lagi.




masa singgah kedai runcit, terbeli kuih ni rm2.
nampak sedap tapi gigit sikit keras. kuih cara ni patut lembut sikit, barulah sedap.
if ikut taste akulah.
aku tak makan so buang je. membazir lagi.huhu



6 RAMADAN, KHAMIS.


bersahur suami cakap nak makan mee goreng.
mengantuk pagi kot. tersilap menumis dengan minyak banyak.
so mee jadi too oily. kurang enak di makan.




untuk berbuka, aku buat paprik campur. sedap dap dap.
pedas, manis, masam, masin. aku campur perencah tomyam sikit.
carrots tu potong bagi tebal sikit.
sayur letak last minit sebelum angkat so still rangup.
paprik ni salah satu menu faveret akulah.



suami beli ikan pastu dia bakar tawar macam ni je.
budu tu wajibla. orang kelate kan. huhu
2 ekor ni makan berdua, sekor je habis.
ikan kalau tak habis takpe, boleh jadi makanan kucing.





kali ke2 suami beli murtabak lepas tu tak makan.
eeiii geram je aku.
dia tu bukannya jenis pemakan.
lepas maghrib pun dia bukannya makan.
aku pulak suka murtabak pokdee je. yang orang lain jual kalau beli, tak pernahnya senonoh.
dari segi rasalah.hehehe

bila tengok murtabak, teringat arwah nenek.
dia suka sangat makan murtabak.
dia suka laksa penang, nasi air.
tu jelah makanan yang selalu aku dok repeat beli kat arwah.

raya dan puasa tahun ni, nenek dah takde. *cries*



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB