Musim Hujan Part 1

Salam...

Setelah seminggu hujan n ada sesetengah kawasan dah banjir, akhirnya hari ni cuaca panas sikit.
Dari malam tadi sampaila petang ni..langsung hujan tak turun. Alhamdulillah.
Tapi apapun aku suka musim hujan. Cuaca sejuk. Nak tidur malam pun best.
Cuma yang lecehnya bila malam asik tersedar sebab nak ke tandas. Aku jenis tak tahan sejuk.
Bila malam malam hujan turun..memang rasa hepi je. Terus bahagia sampai ke pagi.

Minggu ni bos bagi cuti setiap staff 2 hari seorang. Tak deduct annual leave.
Kebetulan famili abang sulung ada balik bercuti di kg.
So semalam n hari ni lepas je suami blah g kerja aku balik rumah mak.
Setakat semalam hujan masih turun so jalan nak masuk rumah mak memang agak bahaya.
Terpaksalah aku ikut jalan shortcut kg sebelah.
Sebabnya petang selasa balik kerja singgah rumah mak, suami meredah air dalam sampai tercabut no plat kete.
So takdenya aku nak lalu ikut jalan sama lagi. Terus terbayang kete dihanyutkan air masuk sungai belah kiri atau sawah belah kanan 😂

Kebetulan pulak semalam akak ajak keluar nak ke klinik kb.
So alang2 aku bawak terus baju untuk dikeringkan kat dobi.


Tempat dobi ni cuma seberang jalan je dari tadika.
Tapi first time aku datang sini untuk keringkan baju.
Kalau basuh takpelah basuh kat rumah.
Aku memang tak suka mendobi di kedai sebabnya mesin tu nanti kan semua orang guna.
Aku ni dahla kulit sensitif ada ekzema.
Mungkin ada risiko jangkitan kot.
Kalau kat rumah pun baju aku sendirian berhad.
Memang tak campur dengan baju suami dan anak.

Tapi untuk keringkan terus maybe ok kot sebab aku ada terbaca disebabkan suhu tinggi so dalam mesin tu semua kuman mati. Entah betol ke idok.
So dalam fikiran aku selamatla pakaian dr kuman dsb 😆

Kat dobi ni walaupun ramai tapi disebabkan mesin banyak..maybe less than hour jelah kot aku menunggu.
Lepas masuk kain n set utk 31 minit..aku naik menunggu di yadika.
5 minit sebelum siap turun balik ke kedai dobi.
Walaupun ada kakak bgtau ada bajunya yg tak betul2 kering..
Tapi alhamdulillah yang aku punya semua memang kering.
Naik balik tadika tunggu akak sempatla lipat semua kain lebih kurang.
Hepi pulak rasa tengok baju kering sekering keringnya 😆😆😆
Maybe esok or lusa nak repeat lagi sekali sebelum start keje next week.

Hujan hujan pun tapi bila dah masuk hujung tahun ni maka bermulalah kesibukan untuk 2018.
Disebabkan AGM pada 9hb so training officially start 10hb direct selama 2 minggu.
Minggu terakhir ada cuti Krismas sehari pastu 3 hari direct adalah hari orientasi.
Jumpa tahun baru sibuk dengan karenah student baru pulak. Pendek kata...sepanjang tahun tu sibuknya tak reda reda.

Tapi dah namanya kerja..hadap jelah.

Dah lama sangat aku tak update blog. 2 3 hari lepas dah update 1 entri.
Blog pun dah tukar layout baru yang lebih matang.😄😄😄
Patutla stress lain macam je skang ni.hehe. sebab dah lama muis tak membebel.
Takde mood. Malas. Stress. Kerja banyak. Kadang2 je.hehe.
Pendek kata bercinta nak klik dekat new post. Tapi buka blog tiap hari wajibla.
Suka sangat kalau tengok banyak blog yg aku follow update blog. Blog wajib buka pagi pagi sebelum mulakan kerja.
Baca dlu mana mana post latest baru boleh mula kerja.

Walaupun orang cakap blog dah tak berapa in..tapi bagi aku personally memang aku lagi layan blog dari instagram fb twitter etc etc.
Sebab aku suka membaca kot.
Rasa best je kalau baca kisah kehidupan seharian orang kat blog.
Maube sebab hidup aku boring kot. Kahkahkah

Apapun...stop sampai sini dlu. Jumpa part 2. Babaiiiii 😚😚😚
posted from Bloggeroid

Comments

  1. hai muis

    lama x jenguk sini. musim hujan kan sekarang. hati-hati ok bila dalam keadaan banjir.

    ReplyDelete
  2. hai dhiera..
    aah ye. hujan n banjir.
    btw tq :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB