Musim Hujan Part 2

Assalamualaikum.

Tahun ni sedang elok je cuti sekolah musim hujan n banjir terus datang.
Tapi best. Saya suka.
Banyak faktor dia. Antaranya:

No1: tiap hari boleh pergi balik kerja dengan hubby sebab dia tak bawak motor
No2: best sangat kalau nak tidur. Sejuk. Dingin. Etc.
No3: boleh bawak kete redah air.
No4: boleh jalan kaki bawak payung n main air banjir.
No5: boleh makan ikan darat & ikan sungai aka puyu sepat haruan etc
No6: boleh makan banyak sebab lapar sokmo. 😄😄😄

Kesimpulannya, muis suka musim hujan.kihkihkih.
No complain at all. 😜

Tapi apapun musim hujan jugak tak best sebabnya:

No1: pakaian susah nak kering. Lembab. Tak best nak pakai.
No2: rumah banjir. Dapur n bilik tidur. Lantai basah. Rimas.
No3: astro problem. Tak boleh layan tv tanpa gangguan siaran.
No4: malas nak bangun pagi nak pegi kerja.
No5: jalan tak boleh lalu. Kena lalu jalan jauh, shortcut etc.
No6: jalan jem. Semua orang nak bawa kereta.
No 7: musim lipan, pacat, lintah, cacing, anak katak pisang keluar

Tu jelah kot. Apapun sebagai orang islam..redha jelah.
Dah hukum alam. Ada masa panas. Ada masa hujan.

Area rumah walaupun tak banjir tapi dari jalan besar menghala ke jalan kampung ada satu kawasan rendah memang tiap kali musim hujan tak boleh nak lalu.
Hari selasa petang balik kerja still boleh lalu.
Tapi tengok2 tercabut no plat depan.
Malamnya pulak abang balik dia cakap walaupun air tinggi still boleh lalu.
Esoknya rabu dia nak keluar still lalu jalan sama n enjin kete mati dalam air.
Nasib baik rumah pakcik ada dalam 50 meter so orang tolong tolakkan kereta ke rumah pakcik.

Esoknya kereta still tak ok n terpaksa masuk bengkel.
Plan asal nak balik melaka hari jumaat terpaksalah di tunda.
Aku pun keluar jugak hari rabu tapi memang tahu dah air banyak so aku ikut jalan shortcut.
Abang pulak disebabkan dah berpuluh tahun stay melaka..dia lupa agaknya jalan shortcut area kampung kitorang.
Apapun..malang kan tak berbau.
So redha jelah.

Hari ni sekali lagi aku pergi dobi untuk keringkan baju.
Kali ni aku bawak 1 bakul besar dan 1 bakul kecil.
Sumbat semua sekali dalam satu mesin pengering.
Jangan bazirkan bayaran rm5 tu 😆





Basuh stok baju kerja.
Baju semua keluar dari pengering panas macam roti baru masak.
Sampai rumah je kibas bagi sejuk sikit n terus lipat.
Bahagia sungguh bila baju semua kering di musim hujan ni 😂

Petangnya tengah lepak2 rumah mak, anak sedara ajak main air banjir.
Sambil cari plat kete.
Ingatkan kete aku je tercabut no plat, kete abang pun tercabut jugak rupanya.


Cari dcw dgn ncw tapi yang jumpa dbl je.hehe
Tu pun jumpa tempat air cetek.
Bila jalan makin ke tengah tempat air dalam makin tak nampak apa pun.
Dahla ada lintah. 😱
Seekor sempat melekat di kaki aku. Nasib baik perasan.
Terus aku guna no plat yang jumpa tu tepis dari kaki. 😧

Actually budak kecik dalam gambar tu adalah cucu sedara pertama aku.
Anak kepada anak abang sulong.
Sophia namanya. Pia nama manjanya.
Aktif kemain.
Selamba je berjalan dalam air taknak orang pegang.
Walaupun jarang jumpa tapi jenis mudah mesra.
Pantang nampak orang pegang makanan minuman..mulala dia menyibuk.

Sebab dialah jugak dah 3 hari cuti aku dok ulang alik ke rumah mak. 😄😄😄
Nak menumpang kasih sementara masih ada.
Esok last day cuti. Ahad dah kerja.
Kalau abang bertolak balik ahad atau isnin..agaknya tak sempatla jumpa Pia sebelum dia blk. 😭


posted from Bloggeroid

Comments

  1. Hati-hati k dalam banjir tu. Saya pun ke dobi jugak keringkan baju. Kadang-kadang tengah hari dah kering tapi mai petang balik keje hujan. Walaupun rumah berawning, kadang-kadang macam kena tempias jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB