Program Maik Ayah

Assalamualaikum.

Sekarang ni tengah rehat rehat barulah terasa lenguhnya kaki.
Seharian dok rempit dengan kete manual.
Cramp urat betis kittew taw 😥

Hari ni kerja halfday je.
Sebabnya ayah ada program MAIK.
buat pulak nun jauh di Masjid Muhammadi.
Kalau buat di Balai Islam dekatla jugak.

So pagi tadi balik ambik ayah terus gerak pergi sana.
Ingatkan programnya kejap je sejam dua.
Bila tanya dekat bahagian pendaftaran rupanya sampai ke tengah hari.
Ingatkan ada ceramah ke apa..rupanya program penyerahan duit bantuan untuk imam, bilal dan siak masjid under MAIK.
Alah..yang PM Najib umum dalam Bajet tahun lepas.

Wang bantuan rm1500 tu dia bayar dua kali.
Hari ni dapat rm1k. Bulan june dapat bakinya rm500.
Alhamdulillah rezeki ayah. Dah orang nak bagi ambik jelah kan..
Lagipun ayah dan mak pangkah BN. kahkahkah.

Bila sampai sana kemain ramai.
Rupanya dekat registration kena ambil borang dan isi maklumat diri.
Nasib baik dalam handbag aku pen selalu ada.
So terus isikan borang untuk ayah.
Dah isi borang tu kena masuk ruang dalam untuk mendaftar ikut jajahan masing masing.

So aku pun ajak ayah masuk. Aku cari jajahan bachok.
Then kat situ kena serah borang yang isi tadi pastu ambil slip kecil yang ada bertulis nombor.
So beraturla aku sorang sorang pompuan.
Yang lain semua pakcik pakcik tua imam bilal dan siak. 😂😂😂

Masa aku isikan borang dan slip untuk ayah..adalah pakcik2 yang menegur..cakap untungla ayah ada anak boleh tolong isikan borang.
Masa kat dalam pulak ada yang tegur ayah cakap untungla ada setiausaha. Kihkihkih.

Tapi dah alang2 aku ada..buat jelah kan.
Nanti kesian pulak kat ayah sorang2 terkial kial nak isi borang.
Memang tak la aku nak buat macam tu.
Bila dah siap isi slip barulah aku tinggal ayah kat situ pastu gerak masuk kerja.
Tu pun dah pesan kat ayah habis je program pukul 1..tunggu aku kat situ sampai aku datang.
Taknak dah jadi macam dulu.
Adik hantar ayah pergi program lepas tu ayah nak balik sampai kena tumpang orang.
Aku pulak masa tu kerja. Ayah kol tapi hf aku mati lupa nak cas.
Mak cakap dekat 2 jam ayah tunggu teksi tepi jalan.
Padahal bukan takde anak. Bukan takde kereta.
Sampai sekarang rasa ralat sangat kalau ingat balik.
Kesian ayah.

Apapun hari ni aku rasa bangga dengan diri aku.
Sebab aku dah mudahkan kerja ayah.
Padahal masa aku dok beratur sekali dgn pakcik2 imam bilal siak semua tu..3 orang pompuan muda bahagian mendaftar meja dok usha tengok aku.
Mesti dorang pelik nape aku je sorang pompuan mendaftar kat area situ.
Lepas tu sorang petugas lelaki datang tanya kenapa aku beratur kat situ.
Lepas aku cakap aku beratur untuk ayah n tunjuk ayah yang tengah berjalan slow slow kat belakang baru dorang faham.

Kesimpulannya..aku ni jenis muka tak malu.
Asal kerja aku beres..asal kerja ayah beres.
Padahal beratus imam bilal dan siak kat situ.
Aku menyelit nyelit je mintak jalan nak keluar dari situ.
Aku siap terdengar lagi sorang pakcik tu cakap..
Macam kat mekah dah ni macam ni punya ramai.

Dia punya ramai tu sampaikan dekat meja pendaftaran kat luar..dia agihkan plastik skali dengan borang.
Aku ingatkan plastik apa.
Rupanya plastik untuk isikan kasut atau selipar.
Taknak bagi hilang la kot.
Sampaikan aku tengok ada pakcik masuk dalam dewan..kepit selipar dalam plastik.kihkihkih.

Ayah pulak bila aku cakap nak tak plastik isi selipar.
Dia cakap taknak.
Kalau selipar hilang balik je jalan kaki. 😂😂😂
Selamba gitu je.
Samalah perangai aku dengan ayah.
Sama sama selamba. Cakap tak berlapik.
Sama sama suka bertekak taknak kalah.
Barulah anak ayah.hahaha



posted from Bloggeroid

Comments

  1. alhamdulillah dapat berbakti lagi kat orang tua.
    smoga ukhwah kak muis dengan keluarga selalu terjaga.
    aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB