Cuti Chinese New Year
Assalamualaikum..
Macam frust je menaip new entri tapi bila cari kat draft semua dah takde.huhu
btw salah aku jugak.
guna bloggeroid kat tab tapi simkad takde.
selalunya aku akan load post from sd card..tapi dah simkadnya takde.
bongok betul.
kemain menaip berjela jela.kihkihkih
anyway, lesson learnt.
takde nak cite apa pun.
last week kan cuti 3 hari, so hari cuti kalau mood datang membebel la apa apa yang patut.
hari jumaat lepas pagi pagi lagi aku dah balik rumah mak
sebab mak nak mintak tolong hantarkan makanan ada gotong royong kat kubur.
mak takde buat apa pun.
pulut pagi dengan kelapa muda parut, pastu goreng ikan selayang.
air pulak buat teh o panas je.
lepas siap hidang makanan, aku tinggalkan kat situ je.
singgah beli breakfast nasi kerabu pastu balik ambik mak.
ingatkan nak hantar je mak kat kubur tu, tapi dia ajak baca yasin pulak kat kubur nenek.
kalau taknak, konfem mak bebel.kihkihkih
padahal malam sebelum tu aku memang dah baca yasin pun niat untuk nenek.
mak memang bawak siap siap 2 buku yasin.
so lepas makan nasi kerabu barulah aku join mak baca yasin.
lepas tu mak cangkul rumput sikit sikit.
moga arwah tenang kat sana. aminn.
dalam belas belas orang je kot.
almaklumlah kerja free, takde bayaran, penat pulak tu.
baikla tidur kan? hmmmmm
tapi masa kat situ, selain aku dan mak ada sorang budak perempuan
maybe sekolah tingkatan atau awal 20an kot.
gigih dia dok cangkul rumput kat kubur.
maybe kubur famili dia la kot.
siap pakai kasut boot dengan bertopi lagi.
dahla cantik je budaknya.
aku kan bukan jenis mesra alam. so takdelah bertegur sangat.
aku just senyum pastu pelawa makan jelah.
masa nak balik dia tegur aku sebab nak pinjam buku yasin. tu jelah.
bagus betul budaknya.
biasa je aku jadi supir bab hantar ambik makanan ni.
malamnya pulak mak cakap tak payah balik. sebab dia nak suruh aku hantarkan pulak baki pulut 3kg ke masjid.
ada ustaz mengajar so selalunya memang ada jamuan makan sikit sikit.
malamnya aku dah kenyang makan pulut tapi mak cakap dia lapar.
so aku offer nak masak megi jelah.
masak 2 bungkus makan bertiga je dengan mak ayah.
mak ni jenis cerewet.
dah letak 3 pokok sawi pun dia cakap sayur sikit.
lepas tu perencah kari megi taknak letak terus sebab pedas.
so aku bagi perencah asam laksa je.
letak perencah sikit dia kata tawar. ;etak lebih dia kata masamla masinla. haiiiii macam macam.
pening kepala aku.
menu wajib breakfast kalau balik rumah mak.
nasi kerabu ayam pedas.
nasi ni memang dah makan dari kecik.
bak kata adik, nasi kerabu tersedap seluruh malaysia.kahkahkah
kalau adik lagi over.
beli 2 bungkus. satu makan pagi. satu lagi makan tengahari. over sangat.
tapi memang sedap pun.
nasinya walaupun takde tumis tapi basah basah lembab sikit sebab dia akan letak sikit kuah ayam pedas tu kat nasi.
tiap minggu balik memang tak beli breakfast lain dah.
mak kalau bab makan memang cerewet. tapi kalau nasi kerabu yang ni dia boleh makan.
tu buktinya nasi kerabu ni sedap. kihkihkih
pagi sabtu ada orang datang tebang pokok mangga muda.
bila aku tanya ayah nape tebang dia cakap sebab dahan dah besar sangat sampai kena atap rumah.
takut rosak atap lepas tu plan nak buat pagar jugak.
sayang betul tebang pokok ni sebab buahnya memang banyak na berbuah sokmo.
mak selalu buat jeruk mangga muda.
lepas ni dah tak boleh makan jerukla nampak.huhu
kebetulan buah pun banyak sebab bulan 12 hari tu baru berbunga.
so bila dah tebang kenalah kutip buah pulak.
dahla kerengga banyak. habis aku kena gigit kat badan, kaki, tangan, tengkuk.
sambil kutip sambil membebel.
kalau tak kutip, aku pulak yang kena bebel.
baikla kena gigit kerengga dari kena dengar mak membebel. kahkahkah.
dalam pukul 11 lebih kurang baru aku gerak balik jelawat.
nak balik bersiap pergi makan kenduri.
cuti chinese new year tahun ni kebetulan pulak 2 orang kawan kawin, sorang lagi jemput adiknya kawin.
dah alang alang dapat jemputan, wajibla hadir kan kalau takde aral melintang.
bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.kihkihkih
ok tu je nak bebel. babaiiiiii.....
wah buah manis tu kalau ada kerengga
ReplyDeletehahaha..sanggup kena gigit dari dengar bebelan tu win
syg nyo pokok buoh tp tebang.
ReplyDeletetapi betul jugok kalu dey besar sangat nnt punoh rumoh.
bab cuci kubur tu sbnrnya amalan kita hp ditinggalkan.
biasa cuci kubur bilo g mlwt time rayo jah.
huhu. kerdil rasanya diri ni banding dengan budok hp kak muis crito tu.