Muis turns 34.

Assalamualaikum.

Dah sebulan lebih baru nak update pasal birthday? 😅

Tapi takpelah..untuk kenangan kan? yang tahun lepas pun rasanya tak publish.kihkihkih

Tahun ni besday jatuh hari khamis.
Takde nak sambut apapun. Dah tua kan?
Aku cuma order brownies untuk diri sendiri.
Takde orang nak belikan kita kek. 😢

Mulanya plan dengan kawan yang besday selang 3 4 hari dari aku, Cikji kot kot nak berjimba ke KT nak tidur kat mana mana 1 night.
Tapi hari sabtu 3hb tu sabtu bekerja la pulak. So plan kansel.

Brownies ni aku tempah dengan mak kepada students.
Sape sape area kelantan boleh la tempah. Memang tak mengecewakan.
Ni aku bagi link ig dia ...
Instagram IzzBrowniesBites




Yang ni harganya cuma RM20.
Brownies banyak ni..suami makan 2 ketul.
Yang selebihnya bawak balik rumah mak bagi anak sedara je makan.

Then malamnya kebetulan mak buat solat hajat. Jemput orang masjid 4,5 orang je pun.
Mak malas masak so beli satay n nasi himpit jelah. Ada kuih kuih jugak sikit.





Kebetulan aku ni hantu satay. So aku koya koya jamuan satay ni sempena besday aku lah jugak.kahkahkah

Tahun ni walaupun takde hadiah besday dari suami, tapi adalah hadiah yang aku beli untuk reward diri sendiri.
Malas la pulak nak reveal kat sini.
Pastu ada kawan bagi jubah dress cotton sehelai.
Alahai, dah tua tua pun dapat hadiah lagi. Tenq Izzati. 😘

Tahun lepas pun sama. Takde hadiah pun dari suami, tapi seminggu sebelum besday, Puan Bos ada bagi hadiah purse Carlo Rino.
So aku anggap tu jelah hadiah besday tahun lepas. 😁

Sekarang ni..bila sampai je 1 mac, 1 benda je dalam kepala aku..anak!
Takde risau benda lain dah.huhu
Dahla masa setahun setahun tu rasa cepatttttt je.
Tahun depan, dah masuk separuh dari 30 series. OMG.


posted from Bloggeroid

Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB